Menerima komen pedas juri menerusi konsert minggu keempat program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang menyaksikan Siti Nordiana berpadu suara dengan Amir Masdi, penyanyi wanita itu tampil memohon maaf kepada peminatnya kerana tidak dapat menyampai lagu dengan baik.
Bagaimanapun, penyanyi yang mesra disapa sebagai Nana itu sama sekali menolak kemungkinan ia berpunca daripada gangguan mistik. Katanya, kelemahan yang ditunjukkan ketika membuat persembahan adalah berpunca daripada dirinya sendiri. "Tidak dinafikan, perasaan darah gemuruh tetap ada walaupun berpuluh tahun menyanyi. Apabila keadaan ini berlaku sedikit sebanyak mengganggu nyanyian. "Saya sedar, ada yang komen persembahan ketika latihan dan malam konsert amat berbeza. Masa latihan, saya nampak lebih tenang. "Masa saya naik pentas, perasaan saya memang lain. Mungkin sebab ini adalah pertandingan, jadi ketakutan lain sikit berbanding ketika buat show biasa.
"Saya terpaksa berhati-hati sebab nyanyian dinilai juri. Tapi, saya tak terfikir keadaan ini berlaku disebabkan gangguan mistik. "Saya anggap ia berpunca daripada diri saya sendiri. Rasa gementar yang sukar untuk dikawal," ungkapnya.
|
cucutokwan89 replied at 5-11-2023 12:05 PM
bagusnya sikap mengaku silap sendiri
MeowPARSI replied at 5-11-2023 01:56 PM
Kelmarin,, Nana perform dkt usm,, mmg jadi kesayangan student2 sana.. Mmg lawa in person n very nice
TerataiMelur02 replied at 5-11-2023 12:27 PM
Kan..takde la sikit2 sihir ke apa.
Jin pun bengan asyik kene tuduh
hyie replied at 5-11-2023 08:09 PM
alah tak tau pun. Sheols perform kat dtsp ke majlis kat masjid usm tu noks? ke kat mana? meols mel ...
ADVERTISEMENT