Penyanyi, Ernie Zakri berkongsi keseronokan berpeluang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ketika remaja. Ernie menganggap tempoh tiga bulan program itu tidak wajar dipandang negatif. Sebaliknya, melalui PLKN, dia belajar ilmu baharu dan membentuk dirinya kuat dalam aspek fizikal dan mental.
"Saya adalah selembik-lembik manusia. Maksudnya, untuk berkawad itu tidak. Saya juga tidak suka berjemur di tengah panas dan bangun pagi untuk bersenam. "Namun, melalui PLKN, saya dapat kenangan manis. Percaya cakap saya, kenangan manis banyak dalam PLKN. Saya fikir, adik-adik berusia 16 tahun dan ke atas wajar ikuti program ini. "Melalui PLKN, kita kena belajar 'survival skill', bagaimana kita hendak berjuang dalam dunia ini. Saya fikir anak-anak yang lahir era 1990-an, lain sedikit bakat mereka," katanya ditemui pada majlis pelancaran album kedua diberi judul Aura di pusat beli-belah Sunway Putra di sini, semalam.
|
pocongkiutss replied at 6-11-2023 01:54 AM
Masa remaja ok la..dah tua bangka ni kosserr..banyak benda nk kena settle..eh nnt kena kecam dgn aci ...
ADVERTISEMENT