CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imuniti Menurun, Negeri Di Australia Catat Peningkatan Kes Covid-19

4-11-2023 05:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3119| Komen: 5

Canberra: Penurunan imuniti menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di Australia Selatan (SA), kata ketua kesihatan negeri itu.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan SA pada Jumaat, terdapat 1,691 kes baharu Covid-19 dan empat kematian dilaporkan di seluruh negeri itu dalam tempoh pelaporan tujuh hari yang berakhir pada Selasa, lapor Xinhua.



Jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 55 peratus berbanding 1,089 kes dalam tempoh tujuh hari sebelum ini yang juga angka mingguan tertinggi sejak Jun.

Ketua Pegawai Kesihatan Awam SA, Nicola Spurrier berkata peningkatan kes itu jelas adalah permulaan "gelombang baharu" jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, beliau menafikan peningkatan itu ada kaitan dengan varian BA.2.86 - atau Pirola - yang kali pertama dikesan di Australia pada September.

Spurrier turut meramalkan SA akan mengalami satu lagi lonjakan kes Covid-19 dalam enam bulan lagi.


Jurang antara dos vaksinasi adalah kunci untuk mencegah penularan wabak, katanya.

Angka terkini yang dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di SA sejak permulaan wabak itu kepada 939,051 kes manakala jumlah kematian kepada 1,624 orang.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 4-11-2023 06:06 PM
Edited by antikorok at 4-11-2023 06:08 PM

Nak suh topap bodoster berdos-dos letewwww sampai ke alam sebalik roh khenn

Jangan risau air terpaling sochi ITTEW SALAMAT DAN BERKESAN KALAU KENA KESAN SAMPINGAN TERLAKNAT MAKA ITU SALAH BADAN SENDIRIK BUKAN SALAH AIR TERPALING SOCHI TERLAKNAT BERPUAKA SELAYAKNYA DIHUMBAN KE LOBANG PELUPUSAN KUMBAHAN PUAKA NERAKA JAHANOM TINGKAT KE 7 YANG KALAU AMBIL TU TEROS MASOK LOBANG KUBOR TAKKAN DAPAT APA2 SEBAB DAH SIGN CONSENT FORM BERAT SEBELAH NAMAMPOS TUHHH.

Trust the process. Sains pasti monang walaupun air terpaling sochi terlaknat tuh takde jaminan keselamatan jangka panjang.

Big Pharma tersenyum sinisss sambil mengira2 duwet berkepok2 dalam bankss $$$ manakala ummah berbondong-bondong ke spital dan klinik sambil berhabis ribu-riban lemonn mengubat sakit yg dihidapi yg sebelom ni tiada ehhhhh tetibah jadik stage 3-4 bagai. Ha gaytuhhhhhhhh!!!!!
Quote slavehunter 4-11-2023 06:29 PM
Hello kobid.
Anyway Monkeypox is your : VAIDS.
Quote kakikuDibibirmu 4-11-2023 06:42 PM
Dos ketiga akan meningkatkan imuniti jadi selepas dos keempat anda akan dilindungi. Apabila 95% populasi telah menerima dos kelima, SOP bolehlah dilonggarkan kerana dos keenam telah memberhentikan virus dari merebak. Saya yakin dan percaya bahawa dos ketujuh akan menyelesaikan masalah kita dan kita tidak perlu takut lagi kepada dos kelapan. Fasa klinikal dos kesembilan akan mengesahkan bahawa antibodi akan stabil selepas dos kesepuluh. Dos kesebelas akan menjamin bahawa mutasi baru tidak akan terhasil dan tiada sebab untuk kita mengkritik dos kedua belas. Kita kena yakin bahawa dos ketiga belas akan membolehkan kita pergi kemana-mana sahaja dan dos keempat belas tak mustahil kita siap boleh rentas alam untuk berjumpa terus dgn TUHAN
Quote Thunderclouds 4-11-2023 08:34 PM
Tanda² nk recycle blk air soci expired 3x over la tuhhh...
Beli jota² xkan level kambuss blakang umah lak khueenss..
Trust the process.
The numbers never lie gitohhhhhh
Quote ketambangkang 5-11-2023 09:41 AM
kita akan susahkan org yg tidak mengambil dose ke doblas

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.043070 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top