CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Penakut, Sekarang Dah Jadi Abang Bomba

4-11-2023 02:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6968| Komen: 13

Petaling Jaya: ‘Sebelum orang tahu saya anggota bomba, saya dikecam teruk kerana video tular Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) itu’

Demikianlah luahan pemilik video tular dan juga bekas pelatih PLKN Pagoh tahun 2013, Che Ku Muhammad Rizzuwan Che Ku Mohsin.



Di dalam videonya yang tular itu, Muhammad Rizzuwan yang pada ketika itu berusia 18 tahun kelihatan ketakutan ketika menjalani latihan ‘abseiling’ sekali gus mencuit perhatian ramai pengguna media sosial.

Ujar jejaka berusia 28 tahun itu, dia tidak pernah menyangka akan tular sekali lagi kerana tidak pernah memuat naik semula video berkenaan sejak menjadi anggota bomba pada tahun 2015.

“Sebelum ini video tersebut pernah tular pada tahun 2017 selepas Ketua Platun saya muat naik di media sosial pada hari kelahiran saya. Sekarang tular balik mungkin sebab tengah hangat isu PLKN.

“Masa video itu tular, saya memang dikecam teruk. Dipanggil lemah, pengecut. Tetapi kebanyakan yang kecam semua tak tahu saya dah jadi anggota bomba.


“Bila ramai dah tahu, daripada bahan jenaka bertukar menjadi ‘respect’ (hormat). Sebab dari takut, kini menjadi berani.

“Sekarang pergi mana-mana pun orang akan kenal. Lagi-lagi saya selalu buat ‘talk’ dekat hospital-hospital berkenaan taklimat keselamatan kebakaran. Jadi kebanyakan orang mesti akan cam dan tegur saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mengimbas kembali, Muhammad Rizzuwan yang juga anak kelahiran Johor Bahru ini berkata, ketika menjalani latihan PLKN itu, dirinya berasa sangat teruja kerana itu merupakan pengalaman pertama buatnya.

“Tetapi bila sampai di atas, tak sama macam saya lihat dari bawah. Saya mengaku memang terlampau takut. Waktu itu pula saya memang tak perasan cikgu sedang rakam.

“Saya dapat tahu pasal video itu pun pada malam sebelum tamat latihan ada pertunjukan video montaj. Masa itu memang malu sangat-sangat,” katanya sambil tertawa.

Dalam pada itu, Muhammad Rizzuwan yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah berkata, dia sememangnya minat untuk menyertai pasukan keselamatan itu sejak dirinya di usia muda.


Bagi jejaka ini, menjadi anggota bomba bukan setakat memadam kebakaran sahaja tetapi juga menyelamatkan nyawa dan harta benda orang awam.

“Saya memang minat bomba. Bila dah masuk sini (bomba) baru saya tahu latihan di agensi ni lagi hebat dan susah daripada PLKN.

“Banyak saya belajar tentang penyelamatan contohnya tali yang boleh putus atau tidak. Dulu PLKN lima tingkat pun saya dah takut. Tapi sekarang tujuh ke lapan tingkat untuk latihan bomba saya tiada masalah,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 4-11-2023 04:26 PM
Acu tepek bidio dia.
Lucu wehh..
Bingit la sikit sbb dia dok tjerit² ketakutan
Quote antikorok 4-11-2023 06:31 PM
Thunderclouds replied at 4-11-2023 04:26 PM
Acu tepek bidio dia.
Lucu wehh..
Bingit la sikit sbb dia dok tjerit² ketakutan

Sampai terketar2 kaki. Naseb baik tak terbasah suar
Ok la pengalaman mendewasakan pemikiran gituuu

[fbp]https://m.facebook.com/PLKNPrincessHaliza/videos/cikgu-saya-takutarghhhrosak-rosakputus-putusmengeletar-habis-wira-ni-kelakar-pun/1412383278821597/[/fbp]
Quote pooh~key 4-11-2023 06:38 PM
Hakikatnya sekarang kau dah hensem sebab tu dah tak kena kecam dekkkk….

Meh sini nombor tepon kau boleh dek?
Quote pooh~key 4-11-2023 06:55 PM
Eh comelnya kau sekarang dek. Akak tak boleh move on dek.
Quote honeybee1802 4-11-2023 07:02 PM
antikorok replied at 4-11-2023 06:31 PM
Sampai terketar2 kaki. Naseb baik tak terbasah suar
Ok la pengalaman mendewasakan pemikir ...

Ntah2 dah basah gak skit2...tp akhirnya jd berani jgk adik ni...
Quote annehuda 4-11-2023 07:03 PM
Pegawai beruniform ni segak depa lain mcm pdhal masa kursus tu pakej tak mandi kot sebab bersiap siaga setiap masa. Ni kawan aku habaq la
Quote Thunderclouds 4-11-2023 08:36 PM
antikorok replied at 4-11-2023 06:31 PM
Sampai terketar2 kaki. Naseb baik tak terbasah suar
Ok la pengalaman mendewasakan pemikir ...

Tq kaka
Quote Suchi 4-11-2023 09:21 PM
Muka dia mcm ozlyn, senyuman dia mcm laki intan ladyana.

Quote sukacactus 4-11-2023 09:35 PM
Sorry la dik…aku tergelak nengok ko
Syabas sebab ko dah conquer your fear
Quote bottombikini 4-11-2023 09:36 PM
selalu camni kan
masa zaman skola berkerak
sekali dah keje terus nampak wow
Quote prince_marhaen 6-11-2023 11:09 AM
walaupun akhirnya bomba...meols yakin adik adalah sejenis nonok twink jua dalam diam... gitteww..
Quote afie_m 6-11-2023 11:13 AM
dulu comot2 , skrg dan hemsem lah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066835 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top