CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

TV Alhijrah Anjur Program Realiti Marhaban, 12 Kumpulan Bertanding

4-11-2023 08:15 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4660| Komen: 8

Stesen TV Alhijrah menjadi satu-satunya stesen TV di Malaysia yang mengangkat aktiviti berzanji dan marhaban dalam sebuah program realiti terbaru berjudul Pentas Marhaban bermula 11 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, pihaknya teruja kerana buat pertama kali mereka dapat memperkenalkan program realiti TV yang mengangkat seni suara warisan Islam sebagai hiburan kekeluargaan.

KETUA Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris bersama-sama peserta Pentas Marhaban ketika sidang media Pentas Marhaban di Hotel Tamu.

"Buat pertama kalinya di Malaysia, kita angkat aktiviti berzanji dan marhaban yang menjadi amalan tradisi masyarakat Melayu dalam majlis-majlis perkahwinan, berkhatan dan cukur jambul ke TV.

"Pentas Marhaban diterbitkan bagi memenuhi metodologi dakwah yang lebih kreatif, bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani serta selari dengan tuntutan syarak. Ini secara jelas akan mewujudkan masyarakat yang lebih seimbang daripada aspek spiritual dan fizikal.


"Sebanyak 12 kumpulan marhaban akan bersaing secara sihat mengalunkan rangkaian puisi mengenai kisah Rasulullah SAW serta puji-pujian ke hadrat Ilahi yang disampaikan dengan iramanya yang tersendiri dengan penumpuan kepada tiga elemen utama iaitu Mawal, Marhaban dan Qasidah," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program Realiti Pentas Marhaban di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Namanzee, semua 12 kumpulan yang terpilih dinilai berdasarkan kefasihan, kelunakan dan kreativiti persembahan yang terbaik.

Mereka terdiri daripada kumpulan Al-Muhtadin, Selawat Buskers, Soutun Nadwah, Al Maqari, Mawaddah, Qalbun Hadi, An Ni'matul Uzma, Shoutul Huffaz, Nurul Akhyar, Sinar Marhaban, Raudhatul Ashwaq dan Intracksee.

Mengangkat tema Hiburan Tradisi Nurani, program ini akan dihoskan Syamsul Ghau Ghau dan juara Akademi Qurra, Tilmiz Fahmi dan ia akan diadili stazah Asni Mansor dan ustaz Hafiz Gambus sepanjang lapan minggu bersiaran secara langsung di Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah.

Pentas Marhaban akan mula menemui penonton TV AlHijrah pada setiap Sabtu jam 9 malam bermula 11 November ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aikee04 4-11-2023 08:33 AM
Sokong.... Hadiah biarlah lumayan macam program realiti haha huhu hihi
Quote I.K.A888990 4-11-2023 10:05 AM
tak sabar nk tgk
mlm2 sabtu boleh berzanji marhaban
Quote noell 4-11-2023 10:29 AM
boss farmfresh sila sponsor ini program byk pahala dpt dr sponsor program lagho
Quote MisXoXo 4-11-2023 10:52 AM
Sukaa..kwn i massukkkk
Quote ghalibboy 4-11-2023 03:17 PM
Teringat dulu2 , bila raya ada kunjungan beberapa group marhaban.
Quote intan244 7-11-2023 05:03 AM
meols nya tvbox xtau la pasaipa dah xde signal tvhijrah dah seminggu lebih.
agaknya ni sbbnya blood pressure naik.
meols mmg bukak tvhijrah je. skrg xbukak sgt tv. sedih.
Quote hayrin86 7-11-2023 09:50 AM
Yang penting, bukan melalak-lalak.. Aku sendiri tak suka melalak dengan layan karok.. BTW, banyak lagi benda boleh buat untuk mengisi kesunyian siang dan malam..
Quote hayrin86 7-11-2023 09:51 AM
intan244 replied at 7-11-2023 05:03 AM
meols nya tvbox xtau la pasaipa dah xde signal tvhijrah dah seminggu lebih.
agaknya ni sbbnya blood ...

TV Alhijrah boleh diterima oleh semua pengguna dekoder MYTV, sebab siaran analog dah lama berkubur sejak November 2019 lalu.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.122994 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top