Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus mendedahkan pernah ditawarkan menjadi duta produk menguatkan tenaga batin hanya kerana berkahwin pada usia emas. Bagaimanapun, Sabri atau nama sebenarnya, Mohd Sabri Yunus , 62 terpaksa menolak kerana berasa segan dengan pandangan masyarakat sekeliling.
"Maaf cakap saya memang ada terima tawaran jadi duta produk ubat kuat tenaga batin. "Mungkin kerana saya pengantin berusia. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak kerana saya segan. "Kalau produk nak kurangkan (tenaga batin), saya naklah (ketawa)," katanya. Sementara itu, Sabri dan isterinya, Ardini Angeline Tan terharu apabila terus diraikan oleh rakan-rakan penggiat industri. Dia tidak menyangka apabila berpeluang untuk bersanding kali kedua dan memberitahu kesemuanya majlisnya itu ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur. “Saya tak pernah terfikir untuk buat majlis ni kan sebab kami sudah tua dan kedua kami tiada duit jadi bila ada pula majlis resepsi bersiri ni jadi kami sangat bersyukur sebenarnya. “Saya rasa selain Allah sayang saya tapi rupanya baru tahu ramai yang sayang saya, terima kasih sangat kepada semua yang taja kami,” kata Sabri. Sementara itu pasangan ini akan diraikan dalam beberapa lagi majlis resepsi dan kesemua majlis resepsi tersebut mendapat tajaan penuh. "Ada empat lagi majlis yang ada dalam perancangan termasuk resepsi yang akan diadakan di Kelantan. "Majlis itu nanti akan lebih besar dan meriah," kata Sabri. Terdahulu, pasangan berkenaan selamat dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu. Sumber: BH Online, mStar |
stingerbumpy replied at 4-11-2023 07:28 AM
Segan utk promote bukan ber erti tak ambil product supplement kheun SY?
Tak boleh menzalimi minik y ...
dino replied at 4-11-2023 07:40 AM
at least org tu kahwin ko tu sampai ke tua tak laku2
try awek porum org tak layan kohkoh
umbut replied at 4-11-2023 06:31 AM
Terbaikkkk... jgn jatuhkan maruah dgn produkk eeeewwww
dino replied at 4-11-2023 07:40 AM
at least org tu kahwin ko tu sampai ke tua tak laku2
try awek porum org tak layan kohkoh
nw111 replied at 4-11-2023 08:52 AM
Dia bkn jantan laa...
stingerbumpy replied at 4-11-2023 08:57 AM
Ko nak mencabar pengetahuan otai legend porum?
HUH
stingerbumpy replied at 4-11-2023 07:28 AM
Segan utk promote bukan ber erti tak ambil product supplement kheun SY?
Tak boleh menzalimi minik y ...
stingerbumpy replied at 4-11-2023 08:08 AM
Jap let me retrieve my file....tengok profile ko sebelum aku reply..
Ok done...
abangadek replied at 4-11-2023 09:23 AM
Siyes laaaaa ngko hafal profile org2 dlm porem ni???? Gile punya takde life
abangadek replied at 4-11-2023 09:25 AM
Nk produk kuat apa nya, nikah pn dgn umo2 sebaya, lain la kalau nikah dgn ank dara 20an
nw111 replied at 4-11-2023 09:07 AM
Tak cukup legend la kalau jantina ko pun dia tak tau...
MatDeghem replied at 4-11-2023 09:13 AM
Bhai...boleh belikan ini tok pacar lu bhai
ADVERTISEMENT