Pelakon, Raja Afiq tidak pernah melarang keputusan isterinya, Soffwany Yusoff yang memilih untuk berhenti kerja sebagai anggota polis demi mengejar cita-cita sebagai pramugari. Afiq berkata, isterinya itu sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pramugari dan akhirnya berjaya menggapai impian itu.
"Saya sokong apa saja yang dia minat. Dia memang pernah beritahu nak jadi pramugari sebelum ini, tapi disebabkan dia berasal dari Taiping, Perak dan sukar untuk dia datang ke Kuala Lumpur untuk hadiri temu duga ketika zaman mudanya. "Selepas hampir 15 tahun dia bertugas sebagai anggota polis, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah selepas percubaan pertamanya menghadiri temuduga di Malaysia Airlines, dia dipilih untuk menjalani latihan. "Walaupun kerjaya sebelum ini sudah menjamin hidupnya, tapi bagi saya kita hidup hanya sekali dan tak salah untuk dia menukar kerjaya baharu kerana rezeki ada di mana-mana,"katanya.
Menurut Afiq, tidak menjadi satu masalah apabila terpaksa berjauhan dengan isterinya yang kini memilih kerjaya di awan biru.
|
shahirakay replied at 3-11-2023 09:12 PM
ooooo dah berkhidmat 15 tahun.. pencen pilihan la ni gamaknya
drivethru replied at 3-11-2023 10:34 PM
Demi menanggung biawak hidup. Kena lah cari kerja yg gaji besar sikit.
belacan_gurl replied at 3-11-2023 03:02 PM
15 tahun keja polis...sayang ooooo...mesti dah blh naik jawatan ooo.. rugi nya lah
telracs replied at 4-11-2023 12:06 AM
Kawan saya suami isteri kerja polis, diorang kata nak naik pangkat susah sikit lah. Last² diorang ...
telracs replied at 4-11-2023 12:06 AM
Kawan saya suami isteri kerja polis, diorang kata nak naik pangkat susah sikit lah. Last² diorang ...
ADVERTISEMENT