Azhar Sulaiman tak kecil hati dengan teguran Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataannya tentang konflik di antara Palestin dan Israel baru-baru ini. Azhar, 51, kata hubungannya dengan Sharnaaz juga masih baik malah cukup memahami dengan perangai pelakon tersebut.
"Behar (Azhar) dan Sharnaaz okay. Behar faham perangai dia. Tiada masalah besar," katanya di Instagram. Tambahnya dia tidak mahu memanjangkan salah faham di antara rakan artis memandangkan dunia hiburan negara ini kecil. Malah kata pelakon filem Abang 92 itu memberitahu menjadi satu kerugian jika hubungan yang sudah lama terjalin rosak disebabkan salah faham.
"Industri ini kecil dan saya tak mampu menampung untuk ada salah faham dengan sesiapa. "Rugi rosakkan persahabatan yang sudah lama terjalin," ujarnya. Sebelum ini, Azhar pernah memuat naik satu hantaran mempertikai strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel.
Hantaran itu bagaimanapun mendapat kecaman teruk bukan sahaja daripada netizen malah rakan artis antaranya Sharnaaz. Menurut Sharnaaz pendapat Azhar itu menunjukkan seolah-olah dia tidak cerdik malah turut menyamakannya dengan 'budak-budak Tiktok'.
Azhar kemudiannya memuat naik satu hantaran video di Instagram menyatakan dia memberi sokongan kepada Palestin namum masih mempersoalkan tindakan Hamas menyerang Israel. Bagi tidak memanjangkan lagi perbalahan, Sharnaaz memilih untuk tidak menghiraukan pandangan dilontarkan Azhar sebelum tampil membuat permohonan maaf sekiranya kata-kata digunakannya dianggap kasar bagi sesetengah individu. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|