Dr. Ahmad Idham memberi peringatan kepada artis supaya tidak membiarkan pengurus mengawal karier mereka sepenuhnya tanpa sebarang pemantauan. Baginya, segelintir pengurus artis tidak layak diberi kebebasan melampau dan hanya melihat tawaran wang tanpa memikirkan perkembangan kerjaya artis untuk jangka masa panjang.
"Saya pernah memberi amaran kepada artis supaya berhati-hati dengan sikap pengurus yang boleh menjadi penyebab karier mereka mati. “Ramai penggiat seni tidak sedar, mereka berisiko tenggelam dan hilang tawaran dalam industri hiburan disebabkan pengurus yang berangan diva selain suka memilih-milih. “Masalah sekarang di Malaysia, ada pengurus tidak layak digelar pengurus kerana mereka hanya pembantu peribadi, pembawa pakaian atau pemandu sahaja,” katanya kepada Kosmo.
|
ADVERTISEMENT