CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhar Sulaiman Samakan Diri Dengan Pemimpin Hamas, Hanya Tengok Dari Jauh, Tak Turun Berperang

3-11-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10167| Komen: 172

Azhar Sulaiman sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memberi sindiran halus, menyamakan dirinya dengan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Ini  disebabkan pemimpin itu dikatakan hanya mengikuti perkembangan perang Palestin-Israel  hanya menerusi paparan berita dalam saluran Al Jazeera tanpa perlu berperang.


Foto: Kosmo


“Salam Jumaat semua, walaupun kami berdua tidak berada di Gaza berperang dengan Israel dan hanya mengikuti perkembangan perang melalui siaran berita Al Jazeera.

“Saya dan Ismail Haniyeh Ketua Politikal Hamas akan membantu Rakyat Palestin semampu kami dari jauh, semoga perang ini akan berakhir cepat, Amin,” katanya di Instagram.



Dia turut meletakkan gambarnya dan Ismail yang difahamkan kini berada di Qatar serta foto paparan berita Al Jazeera dalam hantaran tersebut.

Rata-rata kecewa melihat perkongsian dibuat Azhar kali ini seperti mengejek ketua strategik kumpulan pejuang tersebut kerana bukan berada dalam Gaza berperang dengan Zionis.

Hantaran sarkastik  itu membuatkan rata-rata pengikutnya kecewa kerana status dilontarkan tidak menggambarkan dirinya sebagai individu berpelajaran.



Malah, ada yang menyifatkan aktor senior itu kebulur perhatian meskipun sudah memaklumkan sebelum ini tidak akan mengulas atau memberikan apa-apa pendapat yang bakal disalah erti.

"Kalau Ismail turun berperang di Gaza, dia ketua utama Hamas, kalau dia meninggal, tak ke kelam kabut nanti. Sama juga kalau Malaysia berperang, Agong dan Perdana Menteri tak turun berperang, tolong rasional abang, jangan ilusi,” komen netizen.



Terdahulu, menerusi perkongsian terbaharu dalam laman sosial pelakon itu menunjukkan dirinya sudah kembali tenang selepas terbabit dalam kemelut percanggahan pendapat dengan netizen serta rakan seperjuangan, Sharnaaz Ahmad.

Sesi berbalas hujah mengenai isu Palestin-Israel terutama komennya yang mempersoalkan strategi panglima perang Hamas memulakan serangan ke atas Israel menjadi polemik sejak beberapa hari lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hidet 3-11-2023 04:18 PM
Bodowww tu boleh simpan sikit tak behar..jangan tjk sangatttt
Quote alesandra 3-11-2023 04:20 PM
Wife dia keje. dia neh apasal x keje?pastu menghabiskan masa merapu.
Quote freyayong 3-11-2023 04:23 PM
pulak dah. ko kenapa byk sgt masa terluang ke. lepas 1 statement ke 1 statement
Quote cikatilia 3-11-2023 04:23 PM
udah2 diam la azhar oii
pi aje join anak tu party halowin
Quote kembangbunga 3-11-2023 04:27 PM
apebendaaaa si tua kecut ni mengarut.
Quote Suchi 3-11-2023 04:30 PM
Btw knp ketua politikal hamas tu duk Qatar? Mmg selama ni duk sana ke?
Pastu nadhir yg cinta gaza tu pun ada kat malaysia ya, dia duk bangi.
Patutlah dia penah reply post iols kat group bangi sblm ni masa tu iols nk cari somthing so dia ni join la mengomen skali bg cadangan.
Rasa dulu mcm dia duk Gaza sbb bini dia org palestine
Quote toet2meoww 3-11-2023 04:31 PM
Malu la dgn anak2 gaza kat sane bile dok menganjing mcm ni. Nak caci maki, dah tua! Tp tu la, makin tua, makin teruk plak bodohnye kat situ
Quote rosevelvet 3-11-2023 04:34 PM
Suchi replied at 3-11-2023 04:30 PM
Btw knp ketua politikal hamas tu duk Qatar? Mmg selama ni duk sana ke?
Pastu nadhir yg cinta gaza tu ...

Nadhir tu bini x bg dia balik palestin lg sbb katanya duk msia boleh kumpul dana utk palestin.
Quote rosevelvet 3-11-2023 04:35 PM
toet2meoww replied at 3-11-2023 04:31 PM
Malu la dgn anak2 gaza kat sane bile dok menganjing mcm ni. Nak caci maki, dah tua! Tp tu la, makin  ...

Selain dr perati perang di gaza. Behar juga kena perati anak kt obesi dh serupa antukopek
Quote missHaidiD 3-11-2023 04:40 PM
Suchi replied at 3-11-2023 04:30 PM
Btw knp ketua politikal hamas tu duk Qatar? Mmg selama ni duk sana ke?
Pastu nadhir yg cinta gaza tu ...

Yg aku tau nadhir tu dia balik malaysia. Lepas tu terjadi perang. Dia  ckp bini dia nk balik sana.sb risaukan ank2 semua tp bini dia tak kasi balik..sb bahaya kt sana
Quote Suchi 3-11-2023 04:43 PM
rosevelvet replied at 3-11-2023 04:34 PM
Nadhir tu bini x bg dia balik palestin lg sbb katanya duk msia boleh kumpul dana utk palestin.

Bini dia duk sana ke skrg ni? Tak silap iols hari ni nadhir ada program kat surau tp tak ingat plak surau mana.
Quote Suchi 3-11-2023 04:46 PM
missHaidiD replied at 3-11-2023 04:40 PM
Yg aku tau nadhir tu dia balik malaysia. Lepas tu terjadi perang. Dia  ckp bini dia nk balik sana. ...

Oh so bini dia sorang je ke balik?

Dulu penah la tgk anak2 dia ekceli anak tiri kan?dah dewasa la dorang.
Wife dia je tak nampak sgt rupa tak silap pakai niqab.
Quote rosevelvet 3-11-2023 04:50 PM
Suchi replied at 3-11-2023 04:43 PM
Bini dia duk sana ke skrg ni? Tak silap iols hari ni nadhir ada program kat surau tp tak ingat pla ...

Bini n anak2 ada sana. Bini dia ckp kalau dia balik palestin, dia dpt jg family je. Tp kalau duk msia, kumpul dana boleh bantu semua palestanian
Quote nena9042 3-11-2023 04:59 PM
Lately bising sangat statement statement tak bijak mami ni
Banyak membaca, tapi tak semestinya dah tau semua benda
Ikut resmi padi la, makin berisi makin menunduk
Nak tanya boleh
Tapi bila terus terus menyindir, memang mendapat la kecam
Quote she 3-11-2023 05:08 PM
alesandra replied at 3-11-2023 04:20 PM
Wife dia keje. dia neh apasal x keje?pastu menghabiskan masa merapu.

Apenih

Nanti fan berat Behar lampirkan profil tinggi beliau
Anak orang kaya
Naik motor besor kat UiTM
Belajar pandai
Jadi arkitek tersohor
Projek mega sana sini
Bla bla bla

Entah
Macik tengok macam midlife crisis je
Naseb bini kayo
Quote khaira01 3-11-2023 05:08 PM
Suchi replied at 3-11-2023 04:30 PM
Btw knp ketua politikal hamas tu duk Qatar? Mmg selama ni duk sana ke?
Pastu nadhir yg cinta gaza tu ...

Nadir balik malaysia atas urusan kerja, belum sempat balik gaza semula dh tercetus perang. Risiko juga kalau dia nk balik sana pun, isteri dia mintak dia stay je malaysia..mgkin hikmahnya Nadir dpt mencari dana di Malaysia. i tgok video anak perempuan dia Haura, seronok main, tiba2 bunyi bom kuat..kesian rasa.
Perang tahun sebelum ni Nadir ada di Gaza, dia buat live dari sana..boleh follow tele Nadir Al-Nuri situ lg byk info sbb fb restricted sikit. I follow Nadir sbb kes dgn Ebit lew jugak.
Quote alesandra 3-11-2023 05:10 PM
she replied at 3-11-2023 05:08 PM
Apenih

Nanti fan berat Behar lampirkan profil tinggi beliau

Macam bewak je heshe kan macik?sibuk pulak dia terpaling tgk org lain buat keje.sampah
Quote kalchi 3-11-2023 05:12 PM
Mami ni dia suka post something tanpa fikir pnjg. Lepas tu mula la gelabah delete tak sampai dua jam
Quote edayildiz 3-11-2023 05:18 PM
Suchi replied at 3-11-2023 04:43 PM
Bini dia duk sana ke skrg ni? Tak silap iols hari ni nadhir ada program kat surau tp tak ingat pla ...

aah..bini dia xbg balikk

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059168 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top