CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Stopa Pernah Masuk Hero Remaja, Tapi Gagal, Akui Ingin Berlakon

3-11-2023 03:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3846| Komen: 7

Pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa mendedahkan dia pernah mencuba nasib menyertai pertandingan Hero Remaja 2017/18 tetapi gagal kerana tidak mempunyai pakej lengkap.

"Saya tak cukup sado, muka pun tak jambu. Namun 'confident level' (tahap keyakinan) kena ada. Kita kena pergi dengan yakin. Sekali tengok pesaing muka lebih kurang sama.



"Peserta waktu itu antaranya Harris Annuar. Saya memang tenggelam dengan mereka. Tapi kalau ada rezeki saya nak berlakon kerana memang minat. Bagi saja apa-apa watak semuanya boleh," katanya.

Haqiem mengakui dia seorang yang serba boleh tetapi tidak mahu menunjukkannya.

"Nanti kalau ada uji bakat, saya nak pergi. Mana-mana syarikat produksi buat uji bakat, saya akan pergi. Saya boleh berlakon dengan sesiapa saja. Kerja adalah kerja," katanya.

Dalam pada itu, Haqiem berkata, dia juga tidak tersinggung dengan tindakan pelawak, Namie Smy yang meniru gayanya dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS3) tahun lalu.


Haqiem ketika ditemui berkata, Namie mungkin tiada karakter sendiri dan karakternya lebih mahal berbanding pelawak itu.

"Jadi, dia bawa karakter saya ke pentas untuk bina populariti. Saya rasa bangga kerana karakter saya orang bawa ke pentas yang lebih besar sedangkan saya tiada apa-apa dan dia selebriti.

"Saya hanya pempengaruh biasa. Bila dia pakai karakter saya, maknanya saya lagi bagus daripada dia," katanya.

Terdahulu, Namie sering tampil dengan kelainan menerusi penampilannya bersama kumpulan Ubi yang turut dianggotai Fad Bocey dan Sharif Zero sehingga berjaya menjuarai program itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kentot_Wangi 3-11-2023 06:08 PM
Xpayah la nak masuk hero remaja ke.. Hero tua ke, hero duda ke... Mmg x layak. Poyo jee kau.
Quote akies 3-11-2023 06:14 PM
Takde aura la dek nak jd hero remaja
Quote GummyBear123 5-11-2023 02:44 AM
Hensem dia ni sebab jawline dia.. tapi aura rempit tu kuat sangat
Quote sharlenetexas 5-11-2023 10:12 PM
Lesen kenderaan dah ada ke belum?

Quote electricopop 6-11-2023 02:27 PM
Very the rempitzzz....
Quote anony-mous 9-11-2023 02:16 AM
Nmpk sgt perasan hensem. Kalau lalu sebelah pon aku xpndang ada hati nk masuk hero remaja
Quote laksmanabentan 9-11-2023 05:29 PM
dia nih jawa ker bangla?

#serioustanya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.044899 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top