CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Scha Alyahya Pakai Subang Logo X Jenama Antarabangsa Bukan Lambang Salib

3-11-2023 01:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7159| Komen: 14

Pelakon Scha Alyahya menyangkal dakwaan dia memakai anting-anting berbentuk salib ketika hadir ke sidang media HeroDewi Remaja yang diadakan pada Selasa lalu.

Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzhir Al-Yahya, 40, sebaliknya menjelaskan anting-anting berkenaan berbentuk X yang juga logo jenama antarabangsa Off White.



"Bukan salib tapi X logo Off White, sekian," katanya ringkas.

Scha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, pelakon drama Awan Dania itu menarik perhatian netizen ketika ditemu bual pada sidang media HeroDewi Remaja yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang salah anggap terhadap anting-anting yang dikatakan berbentuk salib itu.

"Terkejut aku tengok subang Scha.


"Ya itu lambang cross crosslet salah satu lambang salib, mungkin dia tak tahu.

"Ada dua simbol salib begini, satu yang panjang dan satu yang sama panjang. Ini simbol salib orthodox kalau tak salah saya," tulis netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aina_shaira 3-11-2023 01:11 PM
Suka dia, pakai apa pun kena. Effortless
Quote Thunderclouds 3-11-2023 01:12 PM
Mulayu isley cukop arif bab salib dr org kapir sendri.
Tp tang agama sendri acap nau 'keliru'
Quote Frangapini 3-11-2023 01:17 PM
Kalau boleh , elakkan memakai sesuatu yang mendatangkan fitnah. Cuba elakkan.
Quote Daftpunk_shine 3-11-2023 04:52 PM
Handbag Tory Burch...
Quote nena9042 3-11-2023 04:54 PM
Frangapini replied at 3-11-2023 01:17 PM
Kalau boleh , elakkan memakai sesuatu yang mendatangkan fitnah. Cuba elakkan.

Setuju.
I bukan jenis yang "weh tak boleh tengok salib weh"
But at the same time kena pandai la pilih pemakaian/accesories jugak
Itu je
Quote wirazam 3-11-2023 10:55 PM
Retisss. What u expect
Quote wirazam 3-11-2023 10:56 PM
Netizen kecam itu ini selagi X jejaskan periuk nasinya..bukan dia ambil peduli pun..tambah tambah kalau dari bukan fannya
Quote heythere123 4-11-2023 10:43 AM
ot sikit, bag brand Off-White yang watak Park Yeonjin bawak dalam drama The Glory tu chuc sangat
Quote zuriey 4-11-2023 11:13 AM
Ko mcm tak fhm acik2 melayu yislam ni
Mmg sensitip dgn lambang T dan babi
Quote stingerbumpy 4-11-2023 11:21 AM
Takda element syurga langsung macam tudung tudung raudah,  taman taman syurga pakejura....yg dipenuhi corak bunga bunga  tiruan....
Quote kuceeng 5-11-2023 02:55 PM
Edited by kuceeng at 5-11-2023 02:59 PM

teringat pulak dulu pernah kecoh org ambik gmbr bumbung rumah teres dari jauh ade bentuk t kt sambungan genting, dituduhnye agenda nk kristiankan umat Islam ,
Quote AWEKSAMURAI 5-11-2023 02:58 PM
Biar lah salib pun bukan dia bwk semayang hahaha .. takut sgt dgn salib org Malaysia ni...aku ni pak mertua aku tu dh macam pastor kat gereja tu .. umah kak ipar aku lambat salib merata selama aku idup ni x penah plak aku kena exorcist ke hape .. siap air holy water tu aku terminum lg haha...dlu org kata kalau minum holy water terus mulut x bleh mengucap lah apa la.. terus xde iman alhamdulillah boleh je aku solat ..puasa bagai..ayat kursi pun hari2 baca banyak kali .. mengarut je org kita kdg2 pun
Quote msxx 5-11-2023 07:59 PM
Daftpunk_shine replied at 3-11-2023 04:52 PM
Handbag Tory Burch...

Faveret iols ni. Stakat ni takde acik2 komplen lagi.
Quote krustykrab 5-11-2023 08:16 PM
Kalau korg tgk betul² yg hujung tu mmg mcm salib. Jgn tgk yg seketul x tu.
Sekian dari penganalisis politik.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039282 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top