CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aku Ni Juara Kawad Bersenjata"- Imran Bard Bidas Netizen Petik Nama Masuk PLKN Biar Jadi 'Keras'

3-11-2023 12:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4824| Komen: 12

Sejak semalam, heboh mengenai isu Program Latihan Khidmat Negara fasa baharu (PLKN 3.0) yang akan disasarkan kepada golongan belia antara 16 hingga 35 tahun kecuali pelajar yang berada di tingkatan lima.


Susulan itu, ramai netizen yang mencadangkan nama pempengaruh seperti Imran Bard dan Azfar Heri untuk menyertai program latihan tersebut.


Tidak berdiam diri, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin tampil membidas segelintir netizen yang dilihat tidak berhenti memuat naik hantaran memintanya untuk menyertai PLKN menerusi aplikasi X.

Menurut Imran, dia sama sekali tidak kisah sekiranya namanya dipanggil untuk menyertai PLKN kerana pernah menjadi sebahagian daripada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yang memenangi acara kawad kaki bersenjata satu ketika dahulu.


Pempengaruh berusia 22 tahun itu juga tidak bersetuju dengan pendapat wargamaya yang mengatakan mereka akan berubah menjadi lebih ‘keras’ sekiranya menyertai program PLKN tersebut.

"Eh! terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras. Aku ni juara kawad bersenjata ye!!

"Setiap tahun pergi camping dan training lembut jugak takdenye keras," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ternyata terkejut dengan ciapan tersebut dan sama sekali tidak menyangka Imran merupakan salah seorang ahli PKBM sebelum ini.

Mereka juga berseloroh dengan mengatakan pempengaruh itu pastinya akan dilantik sebagai ketua platun sekiranya menyertai PLKN nanti.


Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 3-11-2023 01:16 PM
kih3 iols xsangka
Quote weezerfan 3-11-2023 02:24 PM
Yg sembang jantan habis tu siap2 diorang yg jd pondan bila masuk plkn.hahahaha
Quote Suchi 4-11-2023 07:12 AM
Asalkan dia tak menggayah iols ok lagi, shafiq cute suka sengih tu pun selamba je org komen ingatkan gay kat ig dia bila sejak akhir2 ni dia selalu tunjuk wife ngn anak dia kat ig.
Asal nampak jambu n lembut dan2 la kena tuduh gayah.
Quote dekmieDandy 7-11-2023 09:49 AM
sama geng la dengan budak sekolah dulu, kapten KRS negeri kot

tapi dia lembut je, bab kawad memang terer
Quote airmineral 8-11-2023 11:33 AM
Suchi replied at 4-11-2023 07:12 AM
Asalkan dia tak menggayah iols ok lagi, shafiq cute suka sengih tu pun selamba je org komen ingatkan ...

tu mmg anak bini dia keeee


Quote Suchi 8-11-2023 12:37 PM
airmineral replied at 8-11-2023 11:33 AM
tu mmg anak bini dia keeee


Ya dia dah kawen dan dah ada baby. Dia senyap2 jela kot masa kawen tak kecoh bitau org.
Dah ada baby ni baru dia tunjuk tu pun still tak tunjuk jelas sgt muka isteri.

Dia tu bkn influencer sepenuh masa, dia kan keje kt makmal forensik.
Jenis org berpelajaran bkn jenis giler socmed semua menda nk share ngn netizen.

Quote MadameOnion 8-11-2023 12:48 PM
ok je imran ni..kekadang kelakar jugak..aku suka tgk ig dia sekarang sbb dia masak makanan b40 tapi plating style t20 fine dining gitu
Quote anony-mous 9-11-2023 02:15 AM
Suchi replied at 8-11-2023 12:37 PM
Ya dia dah kawen dan dah ada baby. Dia senyap2 jela kot masa kawen tak kecoh bitau org.
Dah ada b ...

Ya x sangka syafiq tu bdk pndai. Bagus la sorok privacy n bagus jgk xkecoh masa kahwin. Takut ada betina gila kutuk2 bakal wife ke apa mcm bini izzue kena
Quote Suchi 9-11-2023 07:42 AM
anony-mous replied at 9-11-2023 02:15 AM
Ya x sangka syafiq tu bdk pndai. Bagus la sorok privacy n bagus jgk xkecoh masa kahwin. Takut ada  ...

Netizen mmg melampau  sampaikan hal personal org pun depa sibuk nk masuk campur.Dengan sapa pun depa kawen tu hak depa, tak lawa kat mata korang pun gasak la.

Mlm td iols termasuk live imran ni duk masak2, dia kata dah lama dia tak live dan jarang dah nk post apa2 maklumlah tgh ada isu panas.
Salah post nnt kang teruk kena kecam ngn netizen.
Dia live smlm pun sbb ada contest lepak mengopi ngn imran bulan depan.
So nk suh donlod apps apatah kalau nk join contest tu la.
Byk kali dia duk sebut jgn risau bukan starbuck,tak bawak mkn produk yisrael bagai sbb netizen pun bising takut belanja kopi yisrael.

Tp paling iols serabut ngn komen2 netizen indon geram je haku ni nk memaki tak abis2 tanya betul ke org malaysia? Bukan indonesia ke.
Eh knp ckp malay?


Quote akies 9-11-2023 08:34 AM
Wow tak sangka.
Quote Hanzeviera 10-11-2023 11:41 AM
Aku tak faham celah mana yang kelakarnya mamat ni. Sama la dgn si azfar tu
Quote wikedsaikel 16-11-2023 06:54 PM
He’s cute. Aku suka tengok dia.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036229 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top