CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Maut Dalam Perjalanan Ke Masjid, Telekung Isteri Tersangkut Pada Tayar Motor

3-11-2023 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6422| Komen: 23

Kuala Pilah: Seorang lelaki warga emas maut selepas kemalangan ketika dalam perjalanan menunaikan solat Maghrib di Masjid Kariah Juasseh Seberang, Jalan Juasseh Terusan Seberang.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, motosikal yang ditunggang mangsa bersama isteri hilang kawalan sebelum terbabas akibat telekung yang dipakai wanita berkenaan tersangkut pada tayar belakang.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, mangsa disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah jam 3.50 pagi tadi.

Gambar Hiasan

"Kemalangan membabitkan motosikal di Jalan Juasseh Terusan Seberang berdekatan Masjid Kariah Juasseh Seberang kira-kira jam 7 malam tadi.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang lelaki berumur 64 tahun dan pembonceng wanita berusia 60 tahun dari rumah hendak menghala ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib," katanya hari ini.


Kemalangan dipercayai berlaku selepas telekung pembonceng tersangkut di tayar belakang menyebabkan motosikal hilang kawalan dan terjatuh di jalan raya.

"Akibat daripada kemalangan ini, penunggang dan pembonceng dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, pada jam 3.53 pagi tadi, anggota Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah menerima terima panggilan telefon daripada Unit Forensik Hospital Kuala Pilah memaklumkan penunggang motosikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah.

"Manakala pembonceng mengalami kecederaan di bahagian muka, bibir berjahit dan patah beberapa batang gigi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori888 3-11-2023 01:06 PM
sbb nenek pemalas nak pakai telekung kat masjid, mati laki nenek....
Quote shida81 3-11-2023 01:08 PM
Ak dah lama perati dr dulu lg.. Bahaya kot naik moto naik beskal pakia telekung... Klu nk pakai pun blh x pegang kemas2....
Quote Thunderclouds 3-11-2023 01:19 PM
Innalillah..
Takziah.
Dh bpuluh² kali nek moto gitu xpenah jd apa, skali kena terus jln.
Quote BoongaKertas 3-11-2023 03:06 PM
innalillahiwainnailaihirojiun. moga diampunkan segala dosa arwah.
Quote Ayda89 3-11-2023 08:16 PM
Mesti nenek rasa bersalah ..
Quote sukacactus 3-11-2023 09:29 PM
Kenapa dibiar telekung tu melayang2
Mmg recipe for disaster
Quote norawestallen 3-11-2023 09:54 PM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote faraway1 3-11-2023 10:04 PM
Pernah berlaku tapi kain masa dalam perjalanan ke sekolah.
Sebab bonceng kaki dedua kat situ side kan cam bersimpuh tu
Quote B40tastePosh 4-11-2023 08:42 AM
Kain tak cukup labuh,kene rogol...terlebih labuh mati laki.

Maka bersederhana lah
Quote B40tastePosh 4-11-2023 08:43 AM
Thunderclouds replied at 3-11-2023 01:19 PM
Innalillah..
Takziah.
Dh bpuluh² kali nek moto gitu xpenah jd apa, skali kena terus jln.

Nenek nak fefeeling superman...hujung² suparman
Quote kepompong 4-11-2023 09:14 AM
sukacactus replied at 3-11-2023 09:29 PM
Kenapa dibiar telekung tu melayang2
Mmg recipe for disaster

masa i nak pi haji dulu ada 1 makcik ni kain telekung berjurai2 sangkut kat escalator, mmg recipe for disaster . kan.  masa tu klia baru siap,  zaman2 kena kumpul kat kelana jaya , baru pegi airport.. ada 1 makcik ni kain telekung sangkut kat escalator , nasib la org tak ramai sgt, jemaah lain alert pastu staff klia teruss off kan escalator. kalau lambat mungkin makcik tu terjatuh & tak sempat pegi haji dah innalillah
Quote tahanie 4-11-2023 09:17 AM
Allahuakbar. Please kemas kan kain sebelum jalan naik motor tu
Quote sukacactus 4-11-2023 12:01 PM
kepompong replied at 4-11-2023 09:14 AM
masa i nak pi haji dulu ada 1 makcik ni kain telekung berjurai2 sangkut kat escalator, mmg recipe  ...

Mak aku dl pun pernah sangkut baju kelawar masa pusing2 ambik angin naik motor dgn arwah abah
Alhamdulillah cepat sedar
Baju je la koyak
Dah suruh pakai pants tp org tua mmg jenis xreti
Ha lps2 tu baru mak aku pandai pakai pants, tobat dah xbuat lg
Quote Decaffeinated 4-11-2023 12:09 PM
Kalau disaman kang dikatakan polis anti Islam.

Biar ja lah.

Quote kechikchomel 4-11-2023 12:30 PM
sukacactus replied at 4-11-2023 12:01 PM
Mak aku dl pun pernah sangkut baju kelawar masa pusing2 ambik angin naik motor dgn arwah abah
Alha ...

kawan iolss masa iolss study dulu. masa tengah kelas dia mintak permission lecturer nak balik kg.
mak mertua dia jatuh motor. puncanya tali baju hujan tersangkut kat tayar.
Quote shernazz 4-11-2023 12:43 PM
Acik pung pakai telekung tutup tayar moto skali dah kenapa..
Ayah iols dulu mmg kalau gi terawih dia tak bagi pakai telekung bila Naik moto..
Biar.pakai tudung je dulu...
Sebab takut Jadi gini
Quote asfaz 4-11-2023 01:49 PM
Baru berapa hari lepas ,nampak pasangan ni ,tudung isteri jenis labuh tu. Sikit lagi nak masuk roda . Nak pakai tak Salah tpi masa naik moto tu ,naikkan la kain tu
Quote sukacactus 4-11-2023 02:32 PM
kechikchomel replied at 4-11-2023 12:30 PM
kawan iolss masa iolss study dulu. masa tengah kelas dia mintak permission lecturer nak balik kg.
...

Oh bahaya gak tu
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 09:59 PM

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.211831 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top