CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ramai Tak Fit" - Alif Sokong Belia Sertai PLKN

3-11-2023 12:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6730| Komen: 32

Pengacara, pelakon dan penyanyi Alif Satar menyokong saranan golongan belia yang berusia sehingga 35 tahun menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.


Menurut Alif atau nama sebenar, Muhammad Alif Mohd Satar, 33, yang juga bekas ikon PLKN yang pernah menyertai program berkenaan ketika berusia 18 tahun , PLKN adalah sangat bagus untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan belia.


"Saya berasa tidak perlu jadikan usia 35 tahun sebagai isu kerana perkara itu akan menyebabkan program itu dipandang negatif.

"Saya lihat sekarang ini mereka yang berusia 30-an , ramai yang tidak 'fit'.

"Justeru, dengan adanya program PLKN ini, ia mampu untuk membantu mereka yang menjalani hidup yang lebih sihat dan berdisiplin," katanya.
Mengenai program PLKN lagi, kata Alif, ia bukan sahaja dibuat untuk memperkasakan jati diri tetapi peserta juga berpeluang mendapat ramai kenalan dari seluruh negara.


"Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan baru nak mengenal dunia, program ini amat sesuai kerana disinilah saya berjumpa dengan ramai peserta dari pelbagai latar belakang yang akhirnya kekal menjadi kawan sehingga hari ini.

"Sehingga ke hari ini, jika saya ke Sabah, masih ada kawan saya dari kem PLKN yang masih berhubung dengan saya sehingga sekarang," katanya.


Pada masa sama, kata Alif, dia juga menyarankan kepada mereka yang berkelayakan untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai PLKN 3.0 itu.

"Bila sesi pendaftaran program ini dibuka kelak, tak perlu fikir panjang. Daftar sahaja," katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa 3.0 ini adalah dalam kalangan belia yang berusia 16 hingga 35 tahun.

Rentetan itu, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati kerana peluang untuk dipilih menyertai program berkenaan tinggi walaupun sudah berusia 25 tahun ke atas.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 3-11-2023 12:55 PM
Ptut buat mcm korea tu bpe thn eh diorg dlm tu… retis2 n yg femes2 tu ptut kna masuk dulu klu duk setahun ke lg bgus aman sikit

Quote Suchi 3-11-2023 01:01 PM
35 tahun tu bkn tua
Kenapa memasing buat mcm diri tu tua sgt

Org skrg mmg lemmah dan tak fit beza zaman rentua kita yg kuat berkeja
Iols rasa mak iols dulu kuat je walau surirumah
Takde masalah pun nak buka botol2 jem bagai tu.
Maybe sbb takde mesin basuh byk basuh guna tgn, kuat la tgn tu kot
Tp mmg mak2 ni kuat tau iols dulu masa sekolah selalu kena marah sbb tak kuat nk buat keje umah maklumla kurus kering je mmg lemmah la skit.
Quote Chah21 3-11-2023 02:41 PM
I pulak part buat kerja rumah mop sapu tu mampu 2 kali max.. mak i 6 kali sehari..tu pon dia ckp dia lemak x larat.. tp tgok kerja larat.. passion dia kemas rumah. Tp klu nk berkawad ke nk pumping mcm dlm program plkn ni mmg dia x buat ler
Quote annabellaruz2 3-11-2023 02:45 PM
Banyak la kes mati mengejut sbb sakit jantung plak kang.
Tau la latihan PLKN tu ala2 tentera kan?
Pastu mula la jumpa cinta baru, lupa anak bini kat umah.
Klu yg dah kawen, anak2 sapa nak jaga?
Kerajaan nak tanggung kos bbsitter?
Bukan PLKN yg kena dihadiri oleh belia yg berumur 25-35 tahun.
Menteri bingai tu patut fikirkan program lain yg lebih sesuai.
kem2 motivasi masa singkat.
atau wujudkan teambuilding 3h2m.
Quote asfaz 3-11-2023 02:56 PM
IMG-20231103-WA0009.jpg
Quote timah03 3-11-2023 03:04 PM
Okey la ni... Yg buat video pondan2 tu boleh masuk...
Quote annabellaruz2 3-11-2023 03:08 PM

dari apa yg ditulis tu, yg lahir dari tahun 2007 wajib masuk PLKN 3.0.
Tp klu nama dorg terpanggil tp tak dapat nak masuk, so kena KIV sampai umur 35.
Maksudnya kena standby je lerrr...


Quote annabellaruz2 3-11-2023 03:09 PM
timah03 replied at 3-11-2023 04:04 PM
Okey la ni... Yg buat video pondan2 tu boleh masuk...

utamakan dulu influencer2 bagi dorg review.
Kot2 la lepas tu ramai yg nak masuk PLKN.

Quote pocongkiutss 3-11-2023 03:47 PM
Nantikan komen2 acik2 terpaling fit dalam yinnih
K bye
Quote pocongkiutss 3-11-2023 03:48 PM
annabellaruz2 replied at 3-11-2023 02:45 PM
Banyak la kes mati mengejut sbb sakit jantung plak kang.
Tau la latihan PLKN tu ala2 tentera kan?
Pa ...

Nanti acik terpaling fit kecam uols..dah ada kecaman pd komen beginnih di thread lg satu yach
Quote likilu 3-11-2023 03:57 PM
Suchi replied at 3-11-2023 01:01 PM
35 tahun tu bkn tua
Kenapa memasing buat mcm diri tu tua sgt


Komitmen sis

Dd pun cerita kot dia dulu bukan xnak gi plkn tp komitmen. Dah kena shame publicly dia register jugak
Abis 3 bulan nahh rumah bergelap takde sapa bayar letrik

Dd special kecik lg hd breadwinner
30+ average umur breadwinner, yg xde household income lain siapa nk bg makan?
Quote Suchi 3-11-2023 04:09 PM
likilu replied at 3-11-2023 03:57 PM
Komitmen sis

Dd pun cerita kot dia dulu bukan xnak gi plkn tp komitmen. Dah kena shame publicly d ...

Tak silap iols boleh tangguh kalau yg ada komitmen sbb tu dibenarkan tangguh hingga max umur 35 tahun.

Quote edayildiz 3-11-2023 04:18 PM
mati la nakkkk.....kwn opis i dk nganjeng thn dpn muka i xde kt ofis dh nk g plkn
Quote aciksenah 3-11-2023 04:18 PM
Bila pasal Palestin ramai yang bagi komen terpaling..nak ikut syahid la...kalau ada peluang nak berjuang bersama la. Semangat tu memang patut dicontohi la.

Tapi, bila suruh pergi PLKN masing2 tiba2 banyak komitmen pulak..

Yang betul2 ada komitmen tu boleh je pospone ke lain tahun kan?

Yang mana takut ada serangan jantung secara tiba2 tu, boleh je buat medical checkup dulu. Boleh kesan kalau ada saluran darah tersumbat kat mana2. Mungkin kalau ada surat doktor boleh dikecualikan atas sebab2 kesihatan.
Quote Suchi 3-11-2023 04:19 PM
Chah21 replied at 3-11-2023 02:41 PM
I pulak part buat kerja rumah mop sapu tu mampu 2 kali max.. mak i 6 kali sehari..tu pon dia ckp dia ...

Mak2 kita mmg kuat la weh bab keje umah ni, mil iols pun penah bebel pasal ni bila adik ipar ngadu penat or lenguh kaki
Dia akan ckp aikk korang ni muda lagi takkan dah tak larat.

Mil iols jenis tak duk diam,  tak reti nk bermalas2 nih
Maybe sbb tu sentiasa fit n cergas.
Malam2 pun tidur awal tak main hp huhu
Org kata kalau g plkn ni bebudak yg lemau selalu payah nk bangun pg akan bertukar jd morning person.

Quote Suchi 3-11-2023 04:22 PM
aciksenah replied at 3-11-2023 04:18 PM
Bila pasal Palestin ramai yang bagi komen terpaling..nak ikut syahid la...kalau ada peluang nak berj ...

Iols ada baca komen ex plkn kat fb
Dia dpt tawaran tp just dapat join seminggu je sbb masa buat pemeriksaan kesihatan ada masalah.
Tak ingat masalah apa tp tak dibenarkan join walau dia nak sgt.
So jgn la risau kalau ada penyakit takdenya depa nk paksa gak pi.
Dorang pun tanak la tanggung risiko weh
Quote kembangbunga 3-11-2023 04:30 PM
Suchi replied at 3-11-2023 01:01 PM
35 tahun tu bkn tua
Kenapa memasing buat mcm diri tu tua sgt

weiii iols pun pelik bila memasing buat joke pasal ubat gout, sapu minyak angin, tampal koyok, makan ubat darah tinggi bagai. Memang umur 35 tahun dah ramai ada masalah kesihatan mcm tu ke?

Quote GegarVaganja 3-11-2023 04:34 PM
Boleh volunteer daftar nak join ke.

Quote asfaz 3-11-2023 04:38 PM
annabellaruz2 replied at 3-11-2023 03:08 PM
dari apa yg ditulis tu, yg lahir dari tahun 2007 wajib masuk PLKN 3.0.
Tp klu nama dorg terpanggil ...

Aah betul . Budak 2007 form4 tahun ni.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.051682 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top