CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sudah-Sudahlah! Daripada 2016 Sampai Sekarang Tak Berhenti Mengaibkan," Syafiq Amzah Beri Amaran Kepada Bekas Isteri

3-11-2023 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8428| Komen: 27

Syafiq Amzah meminta bekas isterinya iaitu Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis berhenti daripada terus bercakap buruk dan mengaibkan dia.

Adik Shila Amzah itu mendakwa setiap perkataan yang keluar daripada mulut bekas isterinya itu tidak kesemuanya benar.


"Untuk bekas isteri yang mengaibkan saya... Saya tak pernah menjawab apa-apa pun tentang dia mengaibkan saya malah dia fitnah diri saya

"Cuma satu sahaja pesanan saya, sudah-sudahlah! Daripada 2016 sampai sekarang tak berhenti nak keluarkan kenyataan yang tak semuanya betul," katanya menerusi Live.




Ia susulan menerima pelbagai komen yang meminta dia menyelesaikan masalah dengan bekas isterinya itu.

Syafiq memberitahu masalah dengan Anis adalah hal peribadinya dan terpulang kepada dia untuk menyelesaikannya.

Katanya, dia tidak akan bercakap mengenai perkara itu secara terbuka sebaliknya pilih menyelesaikan secara peribadi.


"Apa-apa berkenaan diri saya itu, kalau saya rasa nak betulkan itu terpulang pada saya. Hak saya!," ujarnya.

Untuk rekod, Syafiq atau Amir Syafiq Amir Hamzah dan Anis mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 namun pasangan itu bercerai pada 15 Jun 2016.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Kemelut anak-anak penyanyi Datuk ND Lala ini bermula selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendedahkan kediaman mereka bakal dijual sedangkan dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Tampil memberikan penjelasan, Shila berkata berhak berbuat demikian kerana banglo berkenaan adalah miliknya dan bakal membeli kediaman baharu untuk ibu mereka.

Namun Syafiq pula mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Robitadotcom 3-11-2023 01:09 PM
diam la babi
Quote airmineral 3-11-2023 01:28 PM
kenapa dgn ex wife nak selesai cara tertutup xmau secara terbuka pula?
walhal dgn kakak sendiri bukan main rancak buat scr public?
takut makan diri sdr ke nnt?

Quote Sesuatu… 3-11-2023 01:41 PM
Amboi main sedap ikut hak dia pulak. Red flag sungguh dia ni, mmg xleh percaya ckp dia
Quote jihyomelly 3-11-2023 02:05 PM
makin byk bercakap makin nampak ngang!!!
Quote kotakominami 3-11-2023 02:09 PM
Part mana yg fitnah tu? Pelik aku ape function dia kat muka bumi yinnih...????
Quote Lolalala 3-11-2023 02:46 PM
Aiyaaaa part hak anal, ko nafikan. Part ko kuang aja dgn kakak ko, ko abaikan. Semoga dijauhkan laaaa dr keturunan aku manusia yg begini.
Harap shahila bg elaun kat mak dia ngam² je laaa. Adik² semua ko lantakkan je la
Quote matjerk 3-11-2023 02:54 PM
airmineral replied at 3-11-2023 01:28 PM
kenapa dgn ex wife nak selesai cara tertutup xmau secara terbuka pula?
walhal dgn kakak sendiri buka ...

Hal dgn kakak kenmain buat live kupas satu2....

Hal ex bini dgn issue nafkah anak... hang suruh bini diam2?????

Lehnat apa yg alu baca ni???
Quote newyork 3-11-2023 02:59 PM
Nd lala ni mmg bapak yg fail lah.
Quote Chah21 3-11-2023 02:59 PM
Ya Allah twpat sekali pelurumu
Quote timah03 3-11-2023 03:03 PM
Ehhhhh.... Biar lah dia bising...
Kang diam, kau lupa pula nafkah dgn kewujudan anak kau....
Quote annabellaruz2 3-11-2023 03:14 PM
newyork replied at 3-11-2023 03:59 PM
Nd lala ni mmg bapak yg fail lah.

sbb dia sibuk pikir kepala b*Tuh jer uols..
Skrg ni apa dia punya income ye selepas silalat uruskan sendiri?
Dulu dia sedap tarah duit hasil keje silalat.


Quote BoongaKertas 3-11-2023 03:30 PM
jantan ni kan, boleh plak pilih2 eh mana nak secara umum vs mana nak private kan
Quote mamamia98 3-11-2023 03:34 PM
Dengan kakak sendiri pung pang pung pang d media sosial. Kena ke dia, pandai pulak suruh selesai diam²..
Quote Chrating 3-11-2023 03:36 PM
Sudah2lah tu, kalau selama ini tak culas bayar nafkah, tak kuasa bekas isteri nak meroyan.  Ni nak juga menegakkan benang yg basah. Harap lepas ni bekas isteri ke shila ke senyap je tak perlu nak balas.
Quote salimrock 3-11-2023 03:37 PM
jihyomelly replied at 3-11-2023 02:05 PM
makin byk bercakap makin nampak ngang!!!

yg adik artis lebih2 pulak cerita nya
Quote likilu 3-11-2023 03:52 PM
Dia good looking drpada shahir tapi muluttttt
Quote opie5662 3-11-2023 04:03 PM
likilu: Dia good looking drpada shahir ...


Good looking pon mesikin dan tak guna pon tak function jgk... Hahahaha
Quote sharlenetexas 3-11-2023 05:53 PM
Ko ni menurun betul perangai bapak ko ye.


Quote toynme 3-11-2023 05:59 PM
dasar biawak tembaga

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047658 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top