CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Saya Nak Sangat Kurus, Tapi Tak 'Happy' Buat Apa?" - Bella Dowanna

3-11-2023 12:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7241| Komen: 41

Pelakon Bella Dowanna, 20, tiada sebab untuk dia kecewa mendengar kata-kata orang lain terhadap dirinya berisi atau kurus kerana yang pasti kesihatannya sentiasa baik.

Pemilik nama sebenar, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim berkata kegembiraan diri sendiri lebih utama dan penting berbanding tertekan dengan cakap-cakap orang.



"Kalau orang banyak sakitkan hati saya, nak kurus saya kuruslah. Kalau ia tidak bawa faedah pada saya, tak kisah pun apa orang nak kata, ini badan saya, ini pilihan saya.

"Buat apa saya beriya-iya kurus sebab sekadar nak puaskan hati orang sebenarnya. Lagi pula, bukan satu tekanan pada saya pun kalau badan berisi. 

"Kalau saya nak sangat kurus, tapi tak 'happy' buat apa?" kata Bella Dowanna ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Nak Dengar Cerita Hantu di sebuah pawagam di ibu kota, baru-baru ini.

Menurut pelakon drama Budak Tebing ini, dia juga sudah lali dan terbiasa kena dengan 'body shaming' yang baginya tidak perlu dilayan dan biarkan saja.



"Pada saya, biar diri saya yang gembira dulu, orang lain biarkanlah. Kegembiraan saya paling penting. Jangan rasa tertekan dengan cakap-cakap orang, buat apa yang kita suka buat. 

"Ini badan kita, ini pilihan kita, bukan badan orang lain pun," katanya.

Bella kini melanjutkan pengajiannya di UOW Malaysia atau dulu dikenali sebagai Kolej KDU dalam jurusan kulinari berkata, dia seorang yang suka memasak dan menikmati makanan enak kegemarannya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 3-11-2023 12:20 PM
Walaupon dia chubbh, iouls rasa raut muka dia sweet. Berlakon pon ok.. done puji
Quote winky1 3-11-2023 12:22 PM
Tak nak kurus tak apa sis tapi jgn lah obese. Stay active kalau overweight sikit pun still ok if sihat . Nak berlakon lama pinggang dan lutut kena jaga. Klu berat mulalah affect movement
Quote anilanil 3-11-2023 12:26 PM
Dak bella dowanna ni kalo kurus semua retis pompuan kalah. Muda & berlakon tak kayu. Muka takde mixed tapi lawa sgt.
Quote ReginaGeorge 3-11-2023 12:39 PM
Sebenarnya dalam hati nak juga kuyus…
Quote prettyuglybabe 3-11-2023 12:41 PM
another girl yang body type bulat..
if dia kurus pun percaya la dia takkan nampak kurus..
sebab memang bentuk badannya bulat bukan keping..
pedulikan saja la kata-kata orang..
yang mengata tu pun most hanya perasan lawa..
Quote pocongkiutss 3-11-2023 01:21 PM
Kesian dia ni berat dia mcm naik mendadak kan..ada thyroid ke
Quote Themilo 3-11-2023 03:14 PM
amboi. bulan lepas akak nampak kau kemain happy kat konsert fourtwnty dekkk..  
Quote anony-mous 3-11-2023 03:15 PM
Xde la gemuk sgt. Klau boleh jgn biarkan naik lg berat tu. masa 20an mmg ckp gitu. Ko tggu 30an dah beranak nnti
Quote Suchi 3-11-2023 04:50 PM
Themilo replied at 3-11-2023 03:14 PM
amboi. bulan lepas akak nampak kau kemain happy kat konsert fourtwnty dekkk..

Nampak kat tt fyp vtt dia mcm kat wad skrg ni operate lutut.
Quote naina 3-11-2023 05:11 PM
Habis tu kenapa kena.operate lutut dik
Muda2 dah operate ada masalah apa
Quote maroon_nerd 3-11-2023 06:06 PM
Dia ni walaupun chubby sikit tapi elok. Plus dia bagus la happy je ngan diri dia. Tak terpengaruh dengan stereotype masyarakat yang kurus itu cantik. Btw, fullname dia sedap.
Quote Ayda89 3-11-2023 08:20 PM
Ikut ko la dik nak kurus ke berisi ke gemuk janji ko happy.. Kalau orang suruh itu ini ko petirkan je haha
Quote sharlenetexas 3-11-2023 08:29 PM
pocongkiutss replied at 3-11-2023 01:21 PM
Kesian dia ni berat dia mcm naik mendadak kan..ada thyroid ke

Berat mendadak mcm yona. Tapi yona lagi gemuk. Bella ni tinggi skit.

Quote sharlenetexas 3-11-2023 08:30 PM
naina replied at 3-11-2023 05:11 PM
Habis tu kenapa kena.operate lutut dik
Muda2 dah operate ada masalah apa

Meniscus terkoyak.

Quote Aneem 3-11-2023 09:56 PM
Esok lusa kurus la tu.
Nnti mula la kata tak selesa berat sgt, atas saranan doktor bagai, tu yg buat keputusan nak diet.
Walhal buat bariatric, takpun telan belon.
Quote DeLuna85 4-11-2023 01:17 AM
Tapi muka dia sesuai badan mcmtu. Bukan lah gemuk obese pun. Comel dan dia memang cantik
Quote Farnor 4-11-2023 01:26 AM
Body shape begini cantikk tauuu.. Apa lg klu tummy flat..pakai apo jer baju..mmg lawo n padan.
Quote spy_caridotdot 4-11-2023 04:05 AM
Aku suka je dia chubby gitu. Jarang la aku suka tengok pelakon yg chubby yang sesuai jadi chubby.  Kebanyakkannya mmg kelihatan gumuk sbagai contoh, sherry alhadad, dottie & vicha.
Quote sukacactus 4-11-2023 06:16 AM
Takkan semua org nak kena sekeping kepala je besar
Elok comel je dia ni

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042335 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top