CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Menjerit Ketakutan Tak Nampak Kaabah Depan Mata

3-11-2023 12:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8299| Komen: 53

Tular video mengenai seorang jemaah wanita yang tidak dapat melihat Kaabah meskipun berada tepat di hadapan bangunan suci itu.

Memetik Okezonecom, rakaman itu menunjukkan wanita itu menangis berteriak di tempat jemaah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di Makkah.


Ketika kejadian, dia turut dikelilingi oleh beberapa jemaah lain.

Gambar hiasan

Riak jelas ketakutan kerana tidak dapat melihat Kaabah yang berada di hadapannya.

Kemudian datang seorang wanita membawa segelas air zamzam untuk diberi kepada jemaah berkenaan minum bagi menenangkannya.

Keadaan yang berlaku menimbulkan pelbagai reaksi dalam netizen.



Bagaimanapun, kejadian tidak dapat melihat Kaabah telah banyak diceritakan untuk dijadikan iktibar atas ujian yang diberikan Allah.

Manusia perlu percaya dan yakin untuk kembali kepada asas yang lebih penting iaitu kekuasaan Allah dan bagaimana Dia mahu hambanya belajar daripada pelbagai peristiwa yang dihadapkan di depan mata dan mengalaminya sendiri.

Sementara itu, menurut perkongsian Maktabah Al-Bakri yang diterbitkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai pertanyaan adakah melihat kaabah merupakan ibadah.

Menurutnya, Baitullah atau Kaabah merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia dan Allah menyandarkan namaNya pada Kaabah menunjukkan akan keagungan, kemuliaan serta kebesarannya berbanding makhluk Allah SWT yang lain.

"Terdapat hadis berkenaan melihat Kaabah adalah ibadah merupakan hadis yang berstatus lemah dan teramat lemah serta tidak sah untuk berhujah dengannya.

"Namun begitu, sekiranya melihat Kaabah disertai dengan pandangan yang berfikir dan merenung akan penciptaan Allah SWT yang maha agung ini, maka renungan ini adalah ibadah yang mana seseorang itu akan mendapat pahala, insyaAllah," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 3-11-2023 01:08 PM
I dulu pun takut tak dapat tenguk kaabah bila sampai sana. Macam2 baca dan dengar cerita 'mastika'
Quote pooh~key 3-11-2023 01:11 PM
Maknanya hijab dia terbuka lalu boleh nampak betapa “kosongnya” kaabah iteww sissy.
Quote makita 3-11-2023 01:11 PM
Dah x nampak tu diam2 je la dan pi cari pelan2 sampai jumpa. Ni semua kat situ dah tahu siap rakam lagi.
Quote amyza 3-11-2023 04:28 PM
Drpd meraung gitu,baik lah buat solat taubat.
Quote pokokmeranti 3-11-2023 04:32 PM
pooh~key replied at 3-11-2023 01:11 PM
Maknanya hijab dia terbuka lalu boleh nampak betapa “kosongnya” kaabah iteww sissy.

apa sal U benci sgt dengan islam? dah la gembira dgn kematian anak2 palestin yg dibunuh dgn zalim. U nie murtad atau mmg kapir yg berlakon melayu murtad?
Quote pooh~key 3-11-2023 04:46 PM
pokokmeranti replied at 3-11-2023 04:32 PM
apa sal U benci sgt dengan islam? dah la gembira dgn kematian anak2 palestin yg dibunuh dgn zalim. ...

Sebab islam benci gay sis.
Quote pokokmeranti 3-11-2023 04:58 PM
pooh~key replied at 3-11-2023 04:46 PM
Sebab islam benci gay sis.

Geng laga kerang atau lawan pedang U nie?
Quote pooh~key 3-11-2023 05:10 PM
pokokmeranti replied at 3-11-2023 04:58 PM
Geng laga kerang atau lawan pedang U nie?

Lawan keris sis.

Quote bungarose 3-11-2023 06:57 PM
amyza replied at 3-11-2023 04:28 PM
Drpd meraung gitu,baik lah buat solat taubat.

Secara logik memang begitu tetapi bila dibumi haram 1001 peristiwa bley berlaku
Semuanya dari Allah
Quote noell 3-11-2023 07:06 PM
sajat siap bertelekong memelok kaabah apala dosa minah neh
Quote amyza 3-11-2023 08:58 PM
bungarose replied at 3-11-2023 06:57 PM
Secara logik memang begitu tetapi bila dibumi haram 1001 peristiwa bley berlaku
Semuanya dari Alla ...

Betul lah tu. Kita pun tak tau dia meraung sebab tak nampak kaabah ke menyesal nampak dosa2 silam. Masa pegi takde kejadian mcm ni. Tapi scary tengok org ramai berhimpit nak cium hajar aswad. Sampai tudung/telekung nak tercabut.
Quote suesz 3-11-2023 09:09 PM
bungarose replied at 3-11-2023 06:57 PM
Secara logik memang begitu tetapi bila dibumi haram 1001 peristiwa bley berlaku
Semuanya dari Alla ...

Betul..

Memula dulu skeptikal betul dengan cerita orang  pasal di sana .bila dah sampai,,???? memang yang tak logik semua jadi logik di sana..
Quote tom2 3-11-2023 11:58 PM
suesz replied at 3-11-2023 09:09 PM
Betul..

Memula dulu skeptikal betul dengan cerita orang  pasal di sana .bila dah sampai,,???? mem ...

Ape tu ? Boleh bagi contoh?
Quote dua_chzy 4-11-2023 12:03 AM
Apa pompuan ni dah buat? Bapak rogol liwat anak pompuan pun slambadek survive masa Umrah di Mekah idok pun penis bertukar jadik busuk bernanah.
Quote dua_chzy 4-11-2023 12:05 AM
pooh~key replied at 3-11-2023 09:10 AM
Lawan keris sis.

Rilek ja sister menjawab iya.
Quote nolya 4-11-2023 03:07 AM
pooh~key replied at 3-11-2023 04:46 PM
Sebab islam benci gay sis.

So nak kata U lebih suka jadi kaum Lut ke? Napsu songsang ke selama ni?
Quote nolya 4-11-2023 03:57 AM
tom2 replied at 3-11-2023 11:58 PM
Ape tu ? Boleh bagi contoh?

Ade je cerita2 pelik yg terdengar drp mereka yg mengalaminya.  Ada tu orang hilang, bila dah jumpa, ditanya katanya dia balik kampung! Jemaah juga sering dinasihatkan supaya menjaga mulut dn jgn ada terdetik sangkaan buruk sedikit pun di dlm hati. Jgn mengada2, riak, sombong, pentingkan diri, harus banyak sabar bila tercabar.

Di bumi Mekah kekadang kita dpt melihat keikhlasan seseorang, their true colours. Kpd yg tak terkena, Alhamdulillah, tapi bagi sebhgn orang, ada petanda dn pedoman yg dpt dikutip.


Quote nolya 4-11-2023 04:11 AM
noell replied at 3-11-2023 07:06 PM
sajat siap bertelekong memelok kaabah apala dosa minah neh

Mengikuti riwayat hidup Sajat, tau apa yg sudah dia buat ke atas dirinya, dia sendiri mengesahkan cara dia tunaikan umrah, dia sendiri megahkan cara gaya hidupnya di Australia, semuanya yg dia buat tak diredhai Allah.  Dosa, dosa yg dia megah2kan. Na'u zubillahi min zalik.
Quote grouper 4-11-2023 08:18 AM
Sebenarnya org yg kena ujian2 mcm ni kat Mekah Allah sayang lagi...Allah bagi sikit je warning dunia confirm lepas tu diorg taubat..yg paling patut ditakuti bila mana org yang hidupnya senang lenang tanpa ada kesulitan walaupun hidup bergelumang dosa...

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.034439 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top