CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Selempang Palestin Pun Orang Tak Masuk- Restoran Makanan Segera Kosong, Lelaki Simpati Ramai Dibuang Kerja

3-11-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10243| Komen: 120

Seorang lelaki simpati selepas melihat sendiri situasi di sebuah restoran makanan segera yang menjadi sasaran gerakan boikot.

"Malam tadi ketika dalam perjalanan jauh di satu kawasan luar bandar, saya tiada pilihan lain dan terpaksa berhenti di sebuah restoran makanan segera.


"Pertamanya kerana tidak ada kedai makan lain yang sesuai di kawasan berkenaan. Saya tak larat lagi hendak pusing atau pergi jauh-jauh. Perut juga dah berkeroncong.


Gambar Hiasan

"Keduanya, kerana saya hendak menggunakan kemudahan tandas yang selesa. Dan berdekatan kawasan berkenaan ada surau," tulisnya di Facebook.

Menurut lelaki berkenaan, sebaik memasuki premis itu, dia terkejut apabila hanya terdapat staf di dalamnya tanpa ada seorang pun pelanggan.

"Premis berkenaan kosong dan ada beberapa orang staf yang memakai selempang Palestin di atas bahu mereka. Saya memesan nasi lemak dan ayam goreng.


"Saya bertanya kepada staf berkenaan tentang gerakan boikot yang sedang rancak berjalan. Katanya, kesan agak besar, jualan jatuh lebih 70 peratus.

"Premis mereka beroperasi daripada pukul 12 tengah hari hingga 8 malam sahaja. Bilangan staf juga dikurangkan lebih daripada separuh. Saya mendengar luahan hati mereka dengan tekun.

"Timbul rasa simpati saya terhadap mereka semua. Pekerjaan dan pendapatan mereka terjejas. Rata-rata mereka adalah orang Melayu," kongsinya.

Tambah lelaki berkenaan, situasi yang berlaku ketika ini hampir menyamai waktu di mana negara berada di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu yang menyaksikan kebanyakan perniagaan terjejas teruk.

"Malah ada yang masih belum pulih hingga kini. Hotel, stesen minyak, dan macam-macam lagi yang terjejas.

"Sekarang giliran mereka diuji... bersabarlah. Inilah asam garam dunia perniagaan," tulisnya.

Hantaran tersebut mengundang perhatian warga maya yang memberikan reaksi bercampur.

"Hilang kerja dengan hilang nyawa mana lebih penting waktu sekarang ni?

"Kesian juga dekat mereka tapi kesian saya lagi besar kepada penduduk Gaza. Hari-hari dikelilingi cebisan daging saudara dan kenalan, 24 jam dihujani derita tanpa henti.

"Rezeki Allah ni banyak. Kepada yang beragama Islam kerjalah di tempat yang jaminan penuh berkat," demikian sebahagian komen netizen.

Namun ada juga bersependapat dengan lelaki berkenaan, bersimpati dengan nasib pekerja premis yang terjejas.

"Betul, apabila difikir, kesian juga dekat adik-adik yang bekerja di sana... kebanyakan yang baru habis belajar dan kerja part time.

"Kesian anak-anak Melayu kita tak dapat cari rezeki. Semoga dipermudahkan segala urusan," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EL75 3-11-2023 11:50 AM
beli jee x yah nk bising2.. yg penting niat kita...
Quote prettyuglybabe 3-11-2023 01:03 PM
yang konon rezeki banyak cari kerja tempat lain tu, semoga korang pulak diuji hilang kerja..
tengok kau meroyan macam mana..
tengok mudah tak kau nak cari kerja lain..

Quote Skuau 3-11-2023 01:07 PM
Edited by Skuau at 3-11-2023 01:11 PM

Sok Aku mai la..Aku suka suasana sunyi dan aman...
Quote Skuau 3-11-2023 01:09 PM
Edited by Skuau at 3-11-2023 01:11 PM

Adakah tak TERBUKA AKAL DAN MINDA DATUK MEGAH HOLDING MSIA tuk buka perniagaan dan 'BERI' peluang pekerjaan kpd Melayu andai masih ada'hal hal sepertinya ini'...berlaku lg.
Quote kotakominami 3-11-2023 02:29 PM
Alah..kalau mcd wat promosi buy 1 free 2 mesti ramai masuk....kami lemah
Quote mojarean_X 3-11-2023 02:37 PM
Punyalah panjang alasan dia nk justify terpaksa mkn kt restoran makanan segera tu
Quote ifanonline 3-11-2023 02:38 PM
mojarean_X replied at 3-11-2023 02:37 PM
Punyalah panjang alasan dia nk justify terpaksa mkn kt restoran makanan segera tu

iman dier lemahla tu
Quote B40tastePosh 3-11-2023 03:45 PM
Tak reti boikot jangan la boikot ..buat malu sejarah Melayu je.
Quote MadameOnion 3-11-2023 03:53 PM
aku dah lama tak makan makanan segera sbb mahal satu hal..pastu kalau burger mekdi tu..ya ampuunnnn mcm nak bg kucing makan..better beli burger tepi jalan..kfc pulak ayamnya halus kurus keding..3 ketul dah dekat rm30..patutla diboikot sbb rega zionist
Quote bdbddb 3-11-2023 03:57 PM
Edited by bdbddb at 3-11-2023 04:32 PM

Buat lah sekadar mampu dlm boikot, derma or apa2 yg blh mmbntu sedara kt sne. dgn boikot stu dunia ni hrapnya slow lah serangan yisrael
Quote kakikuDibibirmu 3-11-2023 04:11 PM
Hasil-hasil hasutan limesherbet kettewww?
Quote ifanonline 3-11-2023 04:13 PM
kakikuDibibirmu replied at 3-11-2023 04:11 PM
Hasil-hasil hasutan limesherbet kettewww?

hang jgn jadi talibarut yahudi...dah brape forumer dah aku kapirkan harini...
Quote Atata 3-11-2023 04:27 PM
MadameOnion replied at 3-11-2023 03:53 PM
aku dah lama tak makan makanan segera sbb mahal satu hal..pastu kalau burger mekdi tu..ya ampuunnnn  ...

Entah. Over nak mampos harga dorang. Sekali2 teringin boley laa. Kalau nak selalu mcm dulu2, hm parah
Quote Decaffeinated 3-11-2023 04:43 PM
mojarean_X replied at 3-11-2023 02:37 PM
Punyalah panjang alasan dia nk justify terpaksa mkn kt restoran makanan segera tu

Ha ha ha... nak masuk, masuk je lah, takut kena kecam le tu.



Quote manop 3-11-2023 07:28 PM
prettyuglybabe replied at 3-11-2023 01:03 PM
yang konon rezeki banyak cari kerja tempat lain tu, semoga korang pulak diuji hilang kerja..
tengok  ...


Quote laqoyah 4-11-2023 04:12 AM
Dah agak dah, kalu artikel xde lokasi. nama kedai cam ni mesti Mstar. Entah betol ke tidak… reporter hauk jenis berfantasi ke ni..

Quote AbukRokok 4-11-2023 04:45 AM
boleh lah masuk mcd dengan aman
Quote jejaka_hensem 4-11-2023 05:21 AM
tak terlibat dgn boikot2 ni sbb jarang2 beli mcd ni,
Kecuali kalau ada mainan happy meal yg comel2.
Semoga staff dorang bertabah.amin
Quote grouper 4-11-2023 08:40 AM
Mcm mcd je tempat boleh keje kat msia ni..klau org makin kurang p mcd mestila org akan cari kedai makanan segera tempatan. Bila dh ramai org p mestila akan buka cawangan baru..klau mcd dh melingkup tutup cawangan bolehla amik alih cawangan tu dan peluang pekerjaan pun dtg balik

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.248460 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top