CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-Hati! Perawat Dedah Minyak Dagu Boleh Calit Pada Kenderaan, Buat Pemandu Kemalangan

3-11-2023 11:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4965| Komen: 3

Seorang pengamal perubatan Islam mendedahkan minyak dagu tidak hanya berfungsi dengan mencalitkan pada anggota badan mangsa tetapi juga pada kenderaan.

Menerusi perkongsiannga di TikTok, perawat yang menggelar dirinya ustaz itu berkata, amalan syirik itu boleh mengakibatkan pemandu kenderaan terlibat kemalangan. 



Katanya, minyak dagu yang dicalit pada kereta kebiasaannya diletakkan di cermin hadapan yang akan membuatkan pemandu mengantuk dan kemalangan.

"Kalau kita bawa kereta lima minit, 10 minit, kita rasa mengantuk. Ia dicalit untuk membinasakan daripada bahagian kereta ini. 

"Keduanya, orang akan letak di body brake pad. Biasa orang calit di situ," katanya.

Selain itu, individu yang berniat jahat akan mencalit pada stereng, kerusi, pemegang pintu dan pembuka but kereta.


Calitan yang dibuat bukan hanya untuk membinasakan pemandu tetapi juga untuk memikat mereka.

"Pemegang pintu sangat mudah untuk membinasakan atau minyak dagu style pengasih untuk bagi terkena pada wanita. Tak kiralah anak dara atau isteri orang. 
Apabila kita pegang je, minyak dagu akan masuk ke anggota badan kita melalui pembuluh darah.

"Kalau pemandu rasa sakit kepala berdenyut, rasa pening mengantuk yang dahsyat kemungkinan besar ia dicalit pada cermin atau kusyen kereta," katanya.

Dalam video berasingan, perawat berkongsi teknik mudah yang boleh dilakukan pemilik kenderaan sekiranya menjadi mangsa sihir ini.

"Apa yang kita lakukan? Sediakan air paip satu baldi, masukkan lada hitam, sikit garam dan baca surah Al-Taubah. Kita baca dan kita basuh kereta ini," katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang berkongsi pengalaman menjadi mangsa sihir hingga nyaris kemalangan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-11-2023 05:54 PM
Maigott..
Quote Atata 3-11-2023 06:16 PM
Eh mcm betul lah kan kaka @greentea pernah citer

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.087854 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top