CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Kena Kompaun, Lelaki Main Kasar Tolak Penguatkuasa Sampai Jatuh Dari Atas Motor

3-11-2023 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5798| Komen: 23

Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan atas dakwaan menghalang dan mengasari anggota penguatkuasaan yang mengeluarkan kompaun terhadapnya atas kesalahan parkir.

Kejadian yang berlaku di Jalan Flora, Taman Flora, Batu Pahat, Johor pada Rabu itu berjaya dirakam orang awam yang turut menyaksikan insiden itu, sebelum ia menjadi tular di media sosial.




Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) kira-kira pukul 3.50 petang.

"Kejadian itu berlaku pada pukul 11 pagi semasa penguat kuasa tersebut sedang mengambil tindakan kompaun atas kesalahan tidak memiliki kupon parkir semasa meletak kenderaan.

"Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian menghalang dan menyerang penguat kuasa daripada mengeluarkan kompaun," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Ujarnya, lelaki itu juga bertindak kasar dengan menolak penguat kuasa berkenaan hingga menyebabkannya terjatuh di atas motosikalnya, namun pergaduhan tersebut dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian.



Tambahnya lagi, kedua-dua individu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Ismail menjelaskan, kes disiasat di bawah 186 dan 153 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.

"Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan semua pihak agar mematuhi peraturan jalan raya dan tidak beremosi dalam apa juga keadaan sehingga membabitkan diri dalam kesalahan jenayah.

"Orang ramai perlu menghormati tindakan pihak penguat kuasa undang-undang dalam menjalankan tugasnya," katanya. —CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 3-11-2023 11:11 AM
Byr aje la.
Bukan mahal mana pon kompaun tu.
Lg sanggup gaduh².
Bodo.
Quote antikorok 3-11-2023 11:38 AM
Fefeeling entitled much letak kereta merata serope lemboo babis menyondol lepas tu buat samseng pulak ye!
Quote girlfriday13 3-11-2023 11:41 AM
Tak pasal2 patut bayar 10 ringgit je tapi sebab baran tak boleh kawal kemungkinan kena bayar RM10k. Sadaqallah.
Quote pokokmeranti 3-11-2023 11:43 AM
mata sepet ke tu?
Quote Purplehaz 3-11-2023 11:54 AM
Mcm biase la..bekas pljr Sek.J K
Quote airfilterkotor 3-11-2023 12:04 PM
Denda maksimum mungkin dia boleh bayar.
Kasi penjara lama sikit, baru ada akai.
Quote airfilterkotor 3-11-2023 12:11 PM
Orang jenis cenggini (tak kira la apa bangsa pun) kalau caci maki carik pasal dan kerek terhadap penjawat awam kemain lagi hebat.

Tang susah famili ko esok, kena rompak kaa samun kaa pukul kaa... penjawat awam jugak yg ko carik mintak tolong settle kes.

Ubat dia, penjara lama sikit.
Quote Skuau 3-11-2023 12:17 PM
Aku biasa jumpa orng camni..dia punya 'rules'...apa saja yg 'menyusahkan saya'  adalah salah..walau drp segi undang2 adalah betul.
Quote kemaruk 3-11-2023 12:27 PM
Petuanya  kalau dah memang buat salah tu, ngaku jela salah

Senyum dan minta maaf banyak2 kat penguatkuasa.. janji tak buat lagi etc

Konfem dorang lepaskan punyer.. ini untuk kesalahan2 kecil ler selagi dorang belum tulis dalam buku
Quote tungkai 3-11-2023 12:38 PM
Let me guess....lepas ni keluar statement play victim..?? Mintak maaf pastu kawtim
Quote prettyuglybabe 3-11-2023 12:49 PM
driver J.. sepet pulak tu..
Quote lanacondor 3-11-2023 12:50 PM
Mencuri kt supermarket kne jailed sehari Dan denda. Ni pkul penguatkuasa kalau xsepadan hukuman mmg patut la pihak berkuasa xjaga negara. Dah undang2 Pon mcm kartun.
Quote gangerina 3-11-2023 01:35 PM
maybe dia tunjuk phone sbb dah bayar parking kat apps kot...mana la tau... skrg kan PBT punya parking mostly bayar kat apps cam Flexi parking ke TNG ke...tp depan ofis I ni ada gak DBKL ronda saman parking, semua org kena except ofis hujung tu cayanun punya DBKL boleh skip cam tu je... sabar je la..apa lagi cayanun yg lain mengamuk la, terus DBKL tu blah...
Quote BartholomewKuma 3-11-2023 02:47 PM
Cina kannn apa nak heraaaannn bangsa pemakan babi ni
Quote ifanonline 3-11-2023 02:52 PM
geng2 pro yahudi ni
Quote c===8 3-11-2023 03:20 PM
teringat kes kat penang, setel dgn mintak maaf aje
Quote bdbddb 3-11-2023 04:20 PM
Edited by bdbddb at 3-11-2023 04:27 PM

Yg start serangan fizikal polis tu sndri. Dia tepis tangan pmndu ni msa nak record vdeo smpai trcampak telefon dia. Ikut law, x salah utk record polis d kwasan awam. Dah polis tu yg start serangan fizikal, tu yg dia lawan acara fzikal jgak. smpai polis ni trcampak kat moto
Ni vdeo pnuh;

https://youtu.be/9rkOWWl0XPE?si=Y3K2MzH3I72gLAlx
Quote TomyamPuteh 3-11-2023 04:57 PM
Yg bekap sepet mesti sepet gak. Acik forum pun ramai sepetkan?
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 10:02 PM

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.047432 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top