CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Dah Keluar Dari Banglo Hulu Langat, Nafi Pernah Tampar Shila Amzah "Kau Pergi Cari Mak Minta Maaf"

3-11-2023 11:07 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13323| Komen: 84|Original author: Saiful

Syafiq meminta Shila Amzah agar tidak menyebarkan fitnah dia pernah menampar kakaknya itu.

Katanya dia tidak pernah berbuat demikian sebaliknya terus mendesak agar Shila bertemu ibu mereka dan memohon maaf.


Foto: IG

"Tolonglah Shila, kau pergi cari mak minta maaf dekat mak. Shila jangan fitnah, aku tak pernah tampar muka kau eh," katanya menerusi Live TikTok.

Kata Syafiq dia marah terhadap kakaknya disebabkan kelakuan biadap pada ibu mereka sebaliknya tidak kisah dengan rumah yang mereka diami sebelum ini.



"Aku menegur kakak aku maki hamun mak aku, salah ke? Salah aku bukan ke atas mak aku, jadi aku tegur kesalahan kakak aku atas mak aku.

"Dia maki hamun mak aku depan kawan-kawan dia, tolak mak aku... Jadi aku marah bab itu.

"Bukan marah sebab nak jual rumah itu. Rumah itu sikit pun aku tak hairan," katanya lagi.



Syafiq turut memaklumkan sudah berpindah keluar daripada rumah milik Shila yang terletak di Hulu Langat baru-baru ini.

Syafiq juga tampil menjelaskan salah faham terhadap kenyataan Ubai melibatkan dia sebelum ini.

Menurut Syafiq dia pelik apabila Ubai membiarkan Shila bersikap biadab terhadap emak mereka sedangkan pempengaruh faham perasaan kehilangan seorang ibu.



"Kenyataan kau salah juga bab mak kau meninggal, ya memang aku cakap mak kau meninggal tapi tak nampak ayat yang penuh.

"Aku cakap ya mak kau dah meninggal, aku minta maaf, bersimpati pada kau, takziah pada kau.

"Cuma aku pelik macam mana kau boleh biarkan Shila maki mak dia depan kau. Yelah mak kau dah meninggal... Kau lebih mengetahui menghargai seorang ibu. Itu maksud dia," jelasnya.



Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.



Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.

Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nyoyoyenye 3-11-2023 11:11 AM
rekod kaki pukul bini. siap pernah pukul mak sendiri, adik dia si cadar tu. tak mustahil la si bingai ni ada tampaf xila. alahaiiiii sapig memang bahbi
Quote edoraixora 3-11-2023 11:15 AM
ehhhh belit2 pulak statement kau nih
tak heran kat rumah tu konon.....mulut kau sendiri yg cakap suruh shila tukar nama rumah tu
Quote LaskarHijayu 3-11-2023 11:18 AM
Dah start memekak balik tu dah balik dari China ke
Quote alieyrina 3-11-2023 11:20 AM
Semak betui dia ni
Quote lilyrosey 3-11-2023 11:20 AM
hari tu kata kenapa nak jual rumah pusaka? now kata sikit pun tak heran.. hmmmm pusing selagi boleh....
Quote sukacactus 3-11-2023 11:25 AM
Ko ckp le apa pun, bodo la kita org nak caya
Quote myhairisbad 3-11-2023 11:26 AM
Begitulah kaki spin, manipulative.. isu besar spt akhlak dan adab sendiri tu mati2 dia tak nampak. Terpaksa la petik2 kelemahan atau kesalahan org lain demi menutup kekurangan diri. Nak juga calit tahi kat org lain.. engkau tu dah duduk jauh, diam2 sudah.

Umur dah 30an pun masih tak matang, masih panas baran.. yihh nyampah yakmat!
Quote jihyomelly 3-11-2023 11:27 AM
aikkk ingat dah pegi china senyap sampai settle..balik malaysia sambung berbunyi balik..
Quote Orangkaya99 3-11-2023 11:46 AM
baham candu cine ke? ke langit sgt statement capek ni.
Quote Suchi 3-11-2023 11:48 AM
Tak abis2 lagi drama keluarga nih
Quote PinkyPie 3-11-2023 11:49 AM
Biadapnya ko ni sapik
Quote Purplehaz 3-11-2023 11:49 AM
X kesahlah ada ke tidak ko tampar kakak ko...bukti xde kan..sbb tu berani ckp.

Sudah2lah nak twist cite..lebih baik diam..nmpk sgt still nak burukkan kakak sendiri..berdosa juga.
Quote Purplehaz 3-11-2023 11:52 AM
Buat buat x kesah psl rumah konon !..padahal slps isu shila nak jual bangalow tu..barulah ko dan cidar mula melalak itu ini bukak aib..kann.
Quote lightheaded67 3-11-2023 11:52 AM
nyoyoyenye: rekod kaki pukul bini. siap pe ...

seriusla pernah pukul mak dia jugak?? omg.. gila babi mcm ni pun mak shila nk bekap lagi ke. shila n ubai elok buat post kt ig, amik hati mak, kasi korg neutral balik lah. aku rasa mak shila maybe sentap start dgn shila, masa dia kata lantaklah, masa kepoh bapak dia punya hal tu. acik zie pun jgn lah buat teruk sgt. rumahtangga bmasalah tu acikzie n acik ndlala tu ha, jgn la lepaskan kt anak menantu. tp yg herannya anak menantu hat ni je dia lepas yg negatif, hat anak anak lain dia ok pulak. aku takde la bagus sgt, drama bnyk jugak, cuma depan org kita kasi neutral lah, blakang2 dorg nk drama, kita boleh buat taktau mcm biasa.tp aku rasa shila lebih kenal lah anak beranak dia, ko mintak lah doa petunjuk kt Tuhan apo nk dibuek kan dgn anak beranak buat teruk ni. huhu
Quote noorazurams 3-11-2023 11:52 AM
Lahhhh, ada lagi ke rupanye. Ingatkan dah diam, tup tup timbul balik mamat ni.
Quote salimrock 3-11-2023 11:53 AM
nyoyoyenye replied at 3-11-2023 11:11 AM
rekod kaki pukul bini. siap pernah pukul mak sendiri, adik dia si cadar tu. tak mustahil la si binga ...

eeeii pernah pukul mak ek? teruknya safiq ni...
Quote hotmak 3-11-2023 11:55 AM
mmg biadap ye dia ni, kawan2 ko ke nak beraku ko, panggil nama mcm tu je
Quote asfaz 3-11-2023 12:00 PM
Cehhh...tak heran konon pasal rumah tpi sibuk suruh tukar nama kat mak korang. Ye la nanti mak kau dah takde ,dpt kat kau la kan.  Ayat bewok hidup ,nafkah anak tak kasi,bawak awek duduk serumah sikitttt tak boleh percaya. Pooodaahhh
Quote airmineral 3-11-2023 12:06 PM
xila p la jumpa mak tu minta maaf
mana tau mmg betul mak ada terasa hati sbb isu jual rumah atau lain2 perkara
pastu lantakkan je la dorang ni

kalau xminta maaf selagi tu adik ni berkokok
kalau mak xmo jumpa xila, xpe la
uve done your part

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.084368 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top