CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Digelar Pembuli Adik, Anak Tiri Trauma Nak Ke Sekolah- Fizi Ali Tak Peduli Apa Shakilla Khoriri Nak Cakap "Itu Hal Dia"

3-11-2023 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5946| Komen: 27

Pernikahan kali kedua Fizi Ali pada 23 Oktober lalu kecoh denganpelbagai isu.

Namun Fizi mengambil langkah berdiam diri daripada mengulas mengenai perkara itu agar tidak timbul salah faham mana-mana pihak.


Foto: IG

Malah dia turut sepakat dengan isterinya iaitu Siti Zulaikha, 30, untuk tidak bercakap mengenai pernikahan mereka sebelum ini.

"Saya takut kalau beri sebarang kenyataan akan keruhkan lagi keadaan sebab itu saya ambil langkah berdiam diri.



"Isu pernikahan saya heboh diperkatakan, jadi sekarang adalah tempoh untuk tenangkan keluarga.

"Sebelum kahwin pun kami sudah berbincang perkahwinan ini melibatkan keluarga sahaja dan memang tidak memaklumkan kepada sesiapa," katanya kepada mStar.

Fizi mengulas mengenai ramai meluahkan rasa terkejut apabila dia tiba-tiba mengumumkan sudah bernikah dengan Zulaikha.



Ini termasuk bekas isterinya iaitu aktres Shakilla Khoriri yang memaklumkan tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sehingga menerima pelbagai pertanyaan pelbagai pihak.

Selain isu itu, foto gambar anak tirinya iaitu Damia, 11, dilihat menekup mulut anaknya Ameena Sofea, 4, turut menjadi perbualan hangat termasuk kemarahan Shakilla.

Bercakap tentang perkara itu, Fizi memaklumkan Damia melalui fasa trauma apabila rakan-rakan di sekolah turut bercakap tentang tindakan spontannya itu.


"Damia takut nak ke sekolah sebab ramai kawan-kawan dia hantar gambar berkenaan. Rakan-rakan sekolah tuduh dia pembuli.

"Melihat keadaannya itu saya dan isteri cuba tenangkan Damia dan beritahu dia tidak bersalah. Gambar itu hanyalah salah faham dan ia bukan seperti yang digambarkan,” ujarnnya.



Sementara itu, Fizi juga enggan mengulas lanjut komen Shakilla yang juga mempersoalkan isu gambar itu.

"Saya pernah katakan sebelum ini, apa sahaja yang dia ingin katakan adalah hal dia. Saya dengan hal saya.



"Saya pun tak beritahu dia untuk berkahwin semula kerana perbincangan hanya dilakukan dalam kalangan keluarga," jelasnya.

Untuk rekod Fizi dan Shakilla bercerai pada pada Disember 2021 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 3-11-2023 09:57 AM
Ala budak 2 ketul ni. Dh berpisah pun masih gaduh2 lagi.
Quote sangbara2020 3-11-2023 10:04 AM
apehal lak kau nk menikah nk bgtau kat bekas...apehallllllllllllllllll????????????
Quote lyshafull 3-11-2023 10:05 AM
Okay je statement kalo dia balas lagi la belah sana balas
But iols tgok anak tiri dia mcm intovert
Quote lyshafull 3-11-2023 10:05 AM
Tmbh lagi bini dia punye kening lukis over sgt
Quote ketupatnasi 3-11-2023 10:09 AM
errr... boleh je nikah balik jadi yang muda. tayah gegaduh dah..
Quote marchikobonzo 3-11-2023 10:41 AM
Kahkah..memang dia bye felicia kan je si riri..
Quote beni_nikaido 3-11-2023 10:51 AM
Zazama replied at 3-11-2023 09:57 AM
Ala budak 2 ketul ni. Dh berpisah pun masih gaduh2 lagi.

tak nampak pulak fizi yg nk bergaduh
lebih kepada fumakila yg provoke tapi fizi bo layan kan dia
Quote Manusiabesa 3-11-2023 10:57 AM
I cari ig kori2 dh lesap. Bengang kot. Pedih mata tgok pizi menikah. Sabor jela kori..hidup ni keras . Cpt la muvon dgn kekasih sndiri kan ada. Ala jgn rsau bini baru pizi xlawa. Xda apa yg lbih pun pempuan tu. Seksi gila tp sikit x tempting sbb muka mcm kinah jerr...
Quote ReginaGeorge 3-11-2023 10:58 AM
Fumakila bitter. Tu jer explaination dia.
Quote MatDeghem 3-11-2023 10:59 AM
beni_nikaido replied at 3-11-2023 10:51 AM
tak nampak pulak fizi yg nk bergaduh
lebih kepada fumakila yg provoke tapi fizi bo layan kan dia
...

lagi di bolayankan.... lagi lah meroyan si fumakila. Habis nanti di bakar satu kampung. sib baik tarak bala tentera. kalau tidak habis lah ko Fizi di bacul baculkan kerana bolayankan chief nya.  







Quote duquesne 3-11-2023 11:16 AM
Kok iya pun dah totally move on, at least respect sikit kat mak pada anak ko.. as mak pun, kena kenal mak tiri si anak juga kan and both kena tau boundaries and respect each other.
Jangan kata bekas isteri takde hak nak tau sebab ada anak wujud antara korang. Lain la kalau takde anak, tu lantak pi lah.
Quote kalchi 3-11-2023 11:28 AM
Manusiabesa replied at 3-11-2023 10:57 AM
I cari ig kori2 dh lesap. Bengang kot. Pedih mata tgok pizi menikah. Sabor jela kori..hidup ni keras ...

Bodohnya sampai nk delete medsos.  Itu kan source income dia gak. Yep i rasa kalau dia kawen baru nanti baru drg berdamai.

Bagus la fizi tak bg komen lelebih. Cuma sbb ni co parenting ko masih perlu terus trg dgn mak bdk tu. Cara pikir laki ni lain dgn pmpuan mmg Allah da bg mcmtu sbb tu salu salah fhm. Bende small jah pon, sampai nak betekak balik.
Quote pocongkiutss 3-11-2023 11:28 AM
Yg paling bangang si piji ni la..dia yg pi upload gambar yg boleh trigger org mengata tu kenapa? Dia dr dulu mcm bangang masa dgn ex bini pun sama..utk bini skrg ni berjaga2 la gambar ko tgh tidur ternganga pun akan diuploadnya!
Quote asfaz 3-11-2023 12:07 PM
sangbara2020 replied at 3-11-2023 10:04 AM
apehal lak kau nk menikah nk bgtau kat bekas...apehallllllllllllllllll????????????

Dia tak bagitahu pun ,itu yg sebelah sana meroyan kata menipu tpi cover la kata tipu anak..
Quote asfaz 3-11-2023 12:08 PM
Manusiabesa replied at 3-11-2023 10:57 AM
I cari ig kori2 dh lesap. Bengang kot. Pedih mata tgok pizi menikah. Sabor jela kori..hidup ni keras ...

Lahhh ptutla ai cari takde. Igt kan kena block pelik jugak tak pernah Komen apa2 kat IG pasal dia.
Koyak teruk dia sampai delete IG. Ke rahsia semakin terbukak skandal dgn laki org
Quote tulip-rain 3-11-2023 12:14 PM
duquesne replied at 3-11-2023 11:16 AM
Kok iya pun dah totally move on, at least respect sikit kat mak pada anak ko.. as mak pun, kena kena ...

Setuju dgn komen ni. Pasal ni aku setuju.
Nanti ameena jugak yg nak duduk serumah dgn mak tiri tu bila turn fizi kan.
Quote alin33 3-11-2023 12:42 PM
asfaz replied at 3-11-2023 12:08 PM
Lahhh ptutla ai cari takde. Igt kan kena block pelik jugak tak pernah Komen apa2 kat IG pasal dia. ...

ada je IG killa tu, baru je post igs ameena yg keletah gi school
Quote Joysparta 3-11-2023 12:52 PM
kalchi replied at 3-11-2023 11:28 AM
Bodohnya sampai nk delete medsos.  Itu kan source income dia gak. Yep i rasa kalau dia kawen baru  ...

Berdamai macam yebby n normiang.
Pasal masing2 dah ada pasangan tu yg boleh ok.
Dptlak shuben jenis ikut je.

Kalau tak kawen lagi mau singa cam kikilala.serba tak kena
Quote Manusiabesa 3-11-2023 12:54 PM
asfaz replied at 3-11-2023 12:08 PM
Lahhh ptutla ai cari takde. Igt kan kena block pelik jugak tak pernah Komen apa2 kat IG pasal dia. ...

Serabut tgok life dia skrg kan? Klu selama ni piji rhsiakn sikp dia skrg satu2 la aib allh bukak. Pestu klu gosip tuhari yg ex hubby nk fight hak jagaan anak tu btul piji, mmg koyak lg la dia pasni klu ameena dduk ngn piji. Sian kena sbar byk2 la. Yg pnting kena ubah sikap, insaf byk2 betaubat klu ada buat silap. Belum tlmbt utk nk ubah sikap. Allh tu nk bgi masa kt kita pjg utk renung2kan. Jgn xberubah smpai nt lama2 alone trus.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.099205 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top