Adi Putra Abdul Ghani menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Siti Sarah Zurkanain pada Khamis. Majlis pernikahan genius matematik itu berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Lundang di Kota Bharu, Kelantan.
Adi memberikan wang hantaran berjumlah RM9,999.99 kepasa Siti Sarah. Turut berkongsi foto-foto majlis istimewa itu adalah jurusolek profesional, Amytouch menerusi story di laman Instagram miliknya, petang Khamis. “Tahniah. Pengantin perempuan cantik hari ini,” tulisnya menerusi foto bergambar bersama pasangan itu. Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook, bapa Adi iaitu Abdul Ghani memaklumkan majlis perkahwinan anaknya bersama Siti Sarah berjalan lancar. “Berkat doa daripada tuan, puan, sahabat serta muridnya, dengan lafaz nikah sekali sahaja dan kenduri kahwin berjalan lancar.
“Alhamdulillah, cuaca pun baik di Kota Bharu, hari ini,” katanya. Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Adi Putra dan Siti Sarah yang bergelar raja sehari. Sebelum ini, Adi Putra, 24, dan Siti Sarah, 27, mengikat tali pertunangan pada 19 Julai lalu. Difahamkan Adi Putra berkata, dia mengenali Siti Sarah sejak lapan tahun lalu menerusi laman sosial. “Masa tu saya mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dia ada kawan di sana, jadi kami kenal melalui connection di Instagram. Bermula di direct message (DM) menjadi friendship, kemudian relationship pula. Pada masa tu dia masih belajar. "Kami ambil masa tujuh tahun untuk kumpul duit sehinggalah majlis pertunangan diadakan di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Julai," ujarnya. Untuk rekod, Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai genius matematik, khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit). Ketika berumur enam tahun, anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford dan Universiti Harvard. -CARI Sumber: mStar
|
Tinot7 replied at 3-11-2023 09:28 AM
Gambaq ataih filter ka apa? Awat lain betul dgn gambaq bawah tu?
ifanonline replied at 3-11-2023 09:27 AM
mesti anak2 bakal math genius juga...
barangkali Adi semasa hendak berjimak, akan di calculate kete ...
ifanonline replied at 3-11-2023 09:27 AM
mesti anak2 bakal math genius juga...
barangkali Adi semasa hendak berjimak, akan di calculate kete ...
tumpanglalu74 replied at 3-11-2023 09:35 AM
Ketahuilah, enjin kete juge dicipte berpandukan aksi berjimak. Tapi engko hanye ade 1 piston aje ...
tumpanglalu74 replied at 3-11-2023 09:28 AM
Tahniah! Wow dah besar panjang pon dah.
Tinot7 replied at 3-11-2023 09:28 AM
Gambaq ataih filter ka apa? Awat lain betul dgn gambaq bawah tu?
Tinot7 replied at 3-11-2023 09:28 AM
Gambaq ataih filter ka apa? Awat lain betul dgn gambaq bawah tu?
Suchi replied at 3-11-2023 09:51 AM
Jap dia pi ke oxford n havard tu?
Tau2 dh kawen ya? Keje apa budak ni
tripleid replied at 3-11-2023 10:19 AM
masalhnya genius ke overrated???
axl_bach replied at 3-11-2023 10:29 AM
Dia jual seminar jer kot, mana sambung belajar pun sembudak ni....
Suchi replied at 3-11-2023 09:53 AM
Gambar atas gambo dr kamera kot, gambo bawah kurang cahaya dan diambil guna iphone
ADVERTISEMENT