Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz tampil mengesahkan perkahwinan sahabat baiknya iaitu Ira Kazar dengan Syamsul Yusof masih bahagia. Terkejut dengan dakwaan yang mengatakan pasangan itu sudah bercerai, Nilam menghubungi Ira bagi mendapatkan pengesahan dan anak kepada aktor Kazar Saisi itu menyangkal dakwaan tular berkenaan.
Katanya, pasangan itu dilihat masih bahagia melalui alam rumah tangga. “Dia jarang bercakap dengan saya mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan. “Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian... dia cakap tiada pun isu cerai ini. “Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.
“Saya lihat mereka Alhamdulilah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial... ya la sebab kena kecam kan siapa je nak post,” kata Nilam kepada mStar. Dalam pada itu, Nilam memberitahu dia tidak lagi menerima ugutan yang di media sosial seperti diterima selepas membuat sesi siaran langsung bersama Ira sebelum ini. Sumber: mStar |
hzln replied at 2-11-2023 07:53 PM
Bawah umor 35 kan makhluk2 dlm citer nih? Antara calon2 yg bulih dipertimbangkan utk masuk PLKN 2024 ...
ADVERTISEMENT