CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Individu Didakwa Mangsa Buli Uqasha Senrose Dah Meninggal Dunia "Kali Ini Tuntut Di Padang Mahsyar Is Real"

2-11-2023 04:36 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 21078| Komen: 149|Original author: Saiful

Seorang individu mendedahkan rakannya yang pernah menjadi mangsa buli Uqasha Senrose ketika zaman persekolahan sudah meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.

Namun individu berkenaan seolah-olah menyalahkan Uqasha dan berharap aktres itu gembira dengan pemergian sahabatnya.


Foto: IG

"Aku harap Uqasha gembiralah buat kawan aku macam tu... Kali ini tuntut di Padang Mahsyar is real.

"Kawan aku melalui kehidupan yang sukar, depresi, sakit lagi sakit yang takkan boleh sembuh... Hari-hari bertarung untuk terus kuat," tulisnya di laman X.

Uqasha kata dia tiada halangan untuk bersemuka dengan keluarga Allahyarham bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku.


Bagaimanapun sebolehnya dia enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan individu berkenaan juga sudah tiada.

"Saya boleh sahaja jumpa keluarganya. Sebelum ini lagi saya memang nak berdepan dengan dia (Allahyarham) tetapi dia yang tak mahu.


"Jadi, tak ada apa-apa yang saya nak komen, arwah pun dah meninggal dunia. Saya pun tak tahu apa yang mereka marahkan lagi dekat saya.

"Sudah lama saya berdiam fasal hal ini, saya biarkan peguam saya buat kerja. Bagi saya, tiada apa pun yang saya perlu komen," katanya kepada mStar.


Dia sudah menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dia tidak bersalah namun individu tersebut tidak hadir ke mahkamah.

"Saya tidak mahu beri komen tentang perkara itu, biarlah mereka, sebab perkara ini memang sudah dibawa ke mahkamah.


"Dia tidak hadirkan diri untuk membela diri, atas sebab apa saya tidak pasti.

"Kalau dari awal dia di pihak benar, kenapa tidak hadir ke mahkamah," katanya.



Pada Mac lalu, nama Uqasha tidak secara tiba-tiba menjadi tular selepas dikaitkan dengan kes buli yang didakwa berlaku sewaktu zaman persekolahannya.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang membuat pengakuan secara terbuka dia pernah menjadi mangsa buli Uqasha. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 2-11-2023 04:38 PM
Over kwnnya pun.

Quote telracs 2-11-2023 04:41 PM
Berhak kah dia nak cakap pasal tuntut di padang mahsyar tu?
Itu bukan urusan manusia, itu urusan Allah.
Tak perlu kot kawan tu nak overlimit.
Quote stingerbumpy 2-11-2023 04:44 PM
Arwahnyer dulu baik orgnyer....mudah memberi maaf...walau maaf iteww sendiri belum dipinta darinyer....

Quote naina 2-11-2023 04:46 PM
Uqasha ni cocok vitamin c ke..putihnya macam kebanyakan orang drip berdos2 vitamin c
Quote cikatilia 2-11-2023 04:55 PM
naina replied at 2-11-2023 04:46 PM
Uqasha ni cocok vitamin c ke..putihnya macam kebanyakan orang drip berdos2 vitamin c

yelah tu
tgk zaman sekolah dia cerah tp idok la berpinkish2 macam mat saleh / artis korea
Quote maroon_nerd 2-11-2023 04:58 PM
Kesiannya.. Family & kawan2 rapat dia mesti terkesan jugak. Diorang mesti tahu hidup dia macam mana kesan dari kena buli dulu. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.
Quote babelina 2-11-2023 04:59 PM
klau la btl kn.. apa la agknya yg Uqasha nie ckp sampai kn bertahun2 merana.. tentu perkataan nya deep menusuk btl..  
Quote missHaidiD 2-11-2023 05:00 PM
maroon_nerd replied at 2-11-2023 04:58 PM
Kesiannya.. Family & kawan2 rapat dia mesti terkesan jugak. Diorang mesti tahu hidup dia macam mana  ...

Bdk tu mmg sakit kan. Dulu aku ada baca kt twitter
Quote Lavender_Violet 2-11-2023 05:06 PM
Sampai skrg x ada siapa yg betul2 tau corak dan cara bulian Uqasha pada arwah kawan dia tu
Nampak mcm damaging sangat
Quote Fly_over 2-11-2023 05:36 PM
takziah.. semoga tenang hendaknya
Quote Fly_over 2-11-2023 05:38 PM
lepas dia reveal haritu kena cyber buli pulak dgn pemenat gamaknya.. aduhh kesiannya..
Quote acik_zue 2-11-2023 05:42 PM
teringat drama kt tb3 bebaru ni yg psl mangsa buli smpai bunuh diri tu...pulun acik mempolow...hujung2 xtau sapa gak secretkeeper tu...cisss
Quote Nurkaseh01 2-11-2023 05:44 PM
Dia sakit lupus kan
Quote Heydidle 2-11-2023 05:52 PM
Uqasha buli mcm mana
Quote Goodluckdontcry 2-11-2023 06:01 PM
Begitulah lumrah dunia dik..bila berlalu beberapa ketika, bila si pembuli blh dikatakan berjaya apatah lg dikenali...tetiba jika ada yg mendakwa pernah dibuli oleh org tersebut, mmg org xakan percaya dik.. lbh2 lg die pandai berlakon...

Den komen general je ok..xmerujuk kpd org didlm gambar diats..sbb byk yg den tgk begitu..ko dulu pembuli, bila ko dah tua bangka dan mungkin juga insaf...tp di pihak yg lain, mungkin menderita hal yg tak sesiapa blh fhm...so solutionnya?? Entahla..den pun xtau....yg den tau...JGN JD PEMBULI...walaupun waktu ko kecik xreti bahasa...sbb kesannya besar...
Quote MatDeghem 2-11-2023 06:08 PM
stingerbumpy replied at 2-11-2023 04:44 PM
Arwahnyer dulu baik orgnyer....mudah memberi maaf...walau maaf iteww sendiri belum dipinta darinyer. ...

Ini suara halus neelofa ke?
Quote stingerbumpy 2-11-2023 06:11 PM
MatDeghem replied at 2-11-2023 06:08 PM
Ini suara halus neelofa ke?

Dari jeritan dlm  kubor mak ko....memanggil manggil nama ko..bila nak visit mommy?

Wakahkahkahkahkah
Quote MatDeghem 2-11-2023 06:17 PM
Korang nampak tak suara halus neelofa?



Tersembur sembur air lio....
Quote MatDeghem 2-11-2023 06:20 PM
Sekarang charge kawan nya....jgn kasi muka pemfitnah² ini. cakap sedap mulut.

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.076216 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top