CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Margaret Tan Kurang Dapat Tawaran Berlakon Lepas Peluk Islam

2-11-2023 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3093| Komen: 14

Margaret Tan, 80, mendoakan, Ardini Angeline Tan yang baru memeluk Islam dapat menjalani kehidupan sebagai wanita Muslim dengan lancar.

Pelakon veteran yang juga mualaf, itu berkata, dia gembira mendengar berita Angeline sudah memeluk Islam.


Foto: Harian Metro

"Sebagai anak seni, kita mungkin sudah terbiasa dengan perangai yang gila-gila. Saya doakan dia dapat ikut cara hidup Islam yang sebenar," katanya kepada Harian Metro.

Margaret dan Angeline pernah berlakon bersama dalam salah satu episod sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Margaret memegang watak sebagai ibu kepada Lucy lakonan Angeline.

Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan berkahwin dengan pelakon dan pengarah popular, Sabri Yunus pada 14 Oktober lalu.

Sementara itu, Margaret mengakui dia kurang mendapat tawaran berlakon sebelum dia memeluk Islam pada Februari tahun lalu.


Namun, itu tidak menjadi masalah buatnya kerana dia berpegang dengan prinsip untuk tidak menanggalkan tudung.

"Mereka mahu saya lakonankan watak perempuan Cina. Mana ada perempuan Cina yang pakai tudung. Kalau watak mualaf, lainlah. Kalau watak ibu-ibu berbangsa Cina, memang tak kenalah," katanya.

Menurut Margaret, dia juga pernah bergurau dan mencadangkan agar skrip ditukar sedikit mengikut kesesuaian.

"Saya ada juga beri cadangan supaya mereka ubah skrip, jadikan watak saya sebagai mualaf, tetapi selepas itu senyap saja tanpa sebarang berita.

"Saya pun tak adalah bertanya lagi. Lagipun saya faham, takkanlah kita suka-suka nak tukar skrip orang. Saya anggap saja itu bukan rezeki saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 2-11-2023 04:13 PM
Edited by telracs at 2-11-2023 08:42 AM

Alhamdulillah.
Kalau begini pemikirannya, insyaAllah ada rezeki lain yang telah dijanjikanNya. Sekurang²nya acik Mar dah cuba beri cadangan.

Tapi yang terima untuk "berdialog" di tanah suci.... mudah²an jua diberi keampunan dan dirahmati...

Semoga semuanya baik² sahaja.
Quote babelina 2-11-2023 04:40 PM
Ya Allah syukur alhamdulillah.. aku suka dia blakon dulu.. ayat dia satu2 dan jelas.. moga sentiasa dirahmati Allah swt..
Yg bg skrip pn... org dh btudung nk suh jadi mak2 cina.. apoooooooooo
Quote epal21 2-11-2023 06:37 PM
Semoga dimurahkan rezeki untuk Aunty Margaret. Muka dia jadi mak2 melayu dok kampung pun boleh.
Quote nadie90 2-11-2023 06:46 PM
Moga ada rezeki buat Aunty Margaret lps dah kluar artikel ni....In Shaa Allah
Quote Manjahati 2-11-2023 08:19 PM
Moga diperluaskan lagi rezeki aunty mag
Quote Suchi 2-11-2023 08:39 PM
Suka auntie ni, dia mcm nampak acik2 yg baik.
Quote ina_na 2-11-2023 08:41 PM
Dia org ni panjang2 umur ye... Dah 80pun umur dia..ingat sebaya gan Lucy..
Quote bukan_ustazah 3-11-2023 02:37 AM
Umur dah 80 dah tapi masih cinta bidang lakonan.
Quote winky1 3-11-2023 03:00 AM
Aunty...selagi anak jaga mkn minum cukup tak apa. Jangan lah kejar dunia ni lagi. Tak perlu lah berlakon... Umur ni elok lah rehat dan tambah amalan utk bekalan sana Insya Allah rezeki tu tak putus. Semoga Aunty di murahkan rezeki dan sihat selalu.
Quote ezacbee 3-11-2023 07:24 AM
Bodo seh yg buat skrip tu.. acik tu elok2 jaga aurat ko suruh bukak aurat. Camlaa ko blh tanggung dosa acik tu.
Quote aemon 3-11-2023 07:30 AM
ezacbee replied at 3-11-2023 07:24 AM
Bodo seh yg buat skrip tu.. acik tu elok2 jaga aurat ko suruh bukak aurat. Camlaa ko blh tanggung do ...

org kafirun ni dia mmg x sensitif dgn agama kita.mujur acik ni firm.
Quote marchikobonzo 3-11-2023 09:16 AM
Alhamdulillah..bagus aunty ni..
Quote bynroslan 3-11-2023 09:28 AM
Semoga aunty istiqomah. Malu rasanya bila mualaf sendiri tetap pendirian tak nak buka aurat, yg offer skrip pulak terus no show lepas tu. Sah sah production melayu kan?
Quote esbok 3-11-2023 12:27 PM
takpa auntie, orang yang offer script tu tak cukup creative lagi nak gubal script. cari orang bertudung, untuk watak tak bertudung, kita pun jam dah auntie.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038529 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top