CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hamil Adalah Rekaan Semata-Mata Sebab Saya Berilusi Mahukan Aniq Suhair"

2-11-2023 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5092| Komen: 30

Wanita yang mendakwa hamil anak Aniq Suhair menjelaskan fitnah yang dilakukannya sebelum ini disebabkan pernah menaruh hati terhadap pelakon itu.

Katanya dia sanggup mereka cerita agar dapat meraih perhatian Aniq dan pelakon itu tidak bersalah.


Foto: IG

"Dia (Aniq) tidak bersalah... Sebenarnya ini semua rekaan semata-mata sebab saya berilusi mahukan Aniq," katanya di TikTok

Dia berjanji akan menghubungi Aniq sendiri bagi menjernihkan keadaan sekali gus membersihkan nama pelakon tersebut.




"Saya tahu ini tidak boleh diterima, tetapi benda dah berlaku. Saya mahu bersihkan semula nama Aniq.


"Saya tahu saya bersalah dalam hal ini. Saya akan hubungi Aniq untuk minta maaf," ujarnya.



Wanita berkenaan juga mengakui kesilapan mengumpul gambar-gambar Aniq dan mendapat koleksi itu dari kenalan terdekat.

"Saya tidak menyangka perbuatan saya ini telah menjejaskan reputasi semua pihak," jelasnya.



Sebelum ini kecoh nama Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, dikatakan melakukan hubungan terlarang sehingga menyebabkan seorang wanita hamil.

Menafikan perkara tersebut, Aniq juga tegas mahu mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap perkara tersebut adalah fitnah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 2-11-2023 03:28 PM
Sewel minah ni..sapo la backup dia hari tu..bygkan anak jejantz uols kena dgn minah camneh
Quote LembingDayanti 2-11-2023 03:30 PM
alaaa.. kita baru nak imagine.... aniq pandai mainnnnnnn
Quote alieyrina 2-11-2023 03:31 PM
Sangapnya minah nii
Quote doubleA 2-11-2023 04:36 PM
Bodonya, sejak benang minah hasanah yg mengaku hamil anak entah sape yg netizen dok speku mael jani tu memang iols cop kes2 ni hasanah koser nak caya. Sekali semua kena bohong. Takut kena saman ke dan2 mengaku berilusi bagai sebelum ni akal duduk kt tapak kaki ke. So sick
Quote azimodin 2-11-2023 04:44 PM
Giler la.. girl, keep you horny delulu ass in your room. Normal la berangan bila tengok pelakon hensem (mengikut definition hensem masing2 al, iouls si Okcat 2pm) tapi idok le sampai mengaku mengandung anak haram bagai. Malu la sikit dik oiiii
Quote myhairisbad 2-11-2023 04:49 PM
Seriously... girl. Terdesak sgt nak perhatian. Yihhh cari la hobi lain
Quote Atata 2-11-2023 04:52 PM
doubleA replied at 2-11-2023 04:36 PM
Bodonya, sejak benang minah hasanah yg mengaku hamil anak entah sape yg netizen dok speku mael jani  ...

Terikut2 org korea kot budak2 skrg ni. Berangan lebeh sampai sanggup buat2 cerita. Euwh
Quote babelina 2-11-2023 05:02 PM
ramai naw yg mental  skrg nie.. nape la bdk2 skrg lemah sampai mcmnie.. semua pn ko nk luahkn kt socmed.. pdahal ko berangan la sendiri.. perlu ker ko bgtaw org ko main jari kt umah???!!! haaa gitew..
Quote beni_nikaido 2-11-2023 05:18 PM
keji la pompuan gini. aniaya pihak lelaki
ada kes kat mat salleh sana tu, dituduh merogol padahal tak pun
pompuan tu buat cite. kesian lelaki tu meringkuk sia2 dalam penjara
Quote tootii 2-11-2023 05:26 PM
antara minah yg bodoh kat dunia ..
menda pitenah mcm ni buat main2..

"Saya tidak menyangka perbuatan saya ini telah menjejaskan reputasi semua pihak," jelasnya. Bangang abadi minah ni tau ..
Quote Cokoro 2-11-2023 05:29 PM
Tak menyangkan akan jejaskan reputasi ramai pihak. Girl... seriously. Fitnah besar kut
Quote Lampuled 2-11-2023 05:36 PM
So sebenarnya pregnant ke tak?
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2023 05:44 PM
Guna jari pun boleh mengandung? Ketahian apakah ini?
Quote naina 2-11-2023 06:22 PM
Tak menarik untuk di ilusi kan
Quote nsmy 2-11-2023 06:31 PM
Seriously??????
Quote beatgirlX 2-11-2023 06:50 PM
Girl.. Kalau btul ko delusion dan imagination ko mmg teruk ko ni..
Tapi kalau ko terpaksa keluarkan statement begini sb ugutan or what so ever.. Hurmmm...sb kalau citer tv selalu gini.. Kalau x nemfitnah .. Kena ugut gugur kan statement sb org tu anak somebody or somebody
Quote nyoyoyenye 2-11-2023 06:53 PM
delusion ke or memang betul preggy sebenarnya ? nak cover up je sebab ada perjanjian tertentu ? begitu yen persoalkan
Quote edayildiz 2-11-2023 07:17 PM
plot twist..entah entah yg first tu bethol..bila dh kawtim baru ckp ilusi
Quote Mary_jane 2-11-2023 07:41 PM
Saman je penabur fitnah macam ni. Sesedap oren menabur fitnah.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049378 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top