CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Terima Kasih," Nad Zainal Terharu Suami Ringan Tulang Tolong Jaga Anak Sama-Sama

2-11-2023 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8437| Komen: 74

Nad Zainal yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki berkongsi satu video memaparkan suaminya, Ungku Ismail sedang menukar lampin anaknya di TikTok.

Nad sempat menitipkan ucapan terima kasih buat semua suami di luar sana yang membantu meringankan beban para isteri.


Foto: IG

"Terima kasih…. Terima kasih…..Kadangkala kita lupa nak berterima kasih kepada para suami yang memberikan layanan yang baik pada anak dan isteri..`

"Terima kasih kepada suami dan bapa yang ringan tulang, dan sentiasa memberikan semangat buat isteri mereka dalam menempuh hari hari yang memenatkan…

"Terima kasih ya… I love you ( tiberrr emosi…. ),"tulisnya.



Dia juga meminta agar peminatnya mengucapkan terima kasih kepada suami masing-masing.

"Cepat ucap terima kasih dekat suami masing-masing."


Sekadar info, Nad mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan mereka baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 14 Oktober yang lalu.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.




Nad dan bekas suaminya itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia dua tahun. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 2-11-2023 02:17 PM
terpaling bersuami.......
Quote Robitadotcom 2-11-2023 02:24 PM
suami dulu tk tolong ke..
Quote lolipopmanish 2-11-2023 02:30 PM
Lahhhhh dah anak korang jugak kan
Heran aku lah statement sheols ni
Quote anony-mous 2-11-2023 02:37 PM
Robitadotcom replied at 2-11-2023 02:24 PM
suami dulu tk tolong ke..

I baru nk tnya soalan yg sama
Quote 3chanceno 2-11-2023 02:37 PM
Gambar dia yg no.3 tu muka dah macam ifa pukpuk
Quote lilacomot 2-11-2023 02:43 PM
asal muka dh mcm kak nita sarawak..mmg dia ni sakit aritu sbb buat muka ke
Quote mawarkhayalan99 2-11-2023 02:44 PM
Burrr nya muka baru sheols
Quote pocongkiutss 2-11-2023 02:50 PM
Robitadotcom replied at 2-11-2023 02:24 PM
suami dulu tk tolong ke..

Terasa laki lama dia
Quote tipah89 2-11-2023 02:58 PM
laki lama xtolong ke zissssssss..tu kawan2 yg tolong time ko sakit xnak ucap terima kasih beriya2 jugak ke???
Quote Prickford 2-11-2023 03:06 PM

Hahaha...terasa la kot. 2 ketui anak keluar, tak kan la tak tolong langsung.

Quote cahaya_almas 2-11-2023 03:13 PM
Mmglah kena tlg..kalau tk sape lg nk tlg..
Quote missHaidiD 2-11-2023 03:36 PM
Nad dah ikut jah ke. Beriya nk up laki

Takut org ckp laki bewak ke
Quote cikatilia 2-11-2023 03:54 PM
bersegi2 muka dia eh
dah mcm arbok
Quote VespaSilbe 2-11-2023 03:55 PM
Laki dia muka cam kawan iols menega nasi tomato
Quote snowflakes 2-11-2023 04:09 PM
Kenapa muka dia macam tu?
Quote rosevelvet 2-11-2023 04:11 PM
pocongkiutss replied at 2-11-2023 02:50 PM
Terasa laki lama dia

Harapnya laki lama tumpah teh la if ada teh yg sepatutnya ditumpahkan
Quote Cekgushilla 2-11-2023 04:13 PM
Igt umie aida td hahah
Quote hashashes 2-11-2023 04:13 PM
Sapa nama anak baru sheols?
Quote myhairisbad 2-11-2023 04:37 PM
Apa psl muka mrk berdua bengkak mcm tu? Bloated. Mcm muka org ada penyakit.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045305 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top