CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pendakwah Bebas 'Pening' Stesen TV Belum Lunas Bayaran Penuh Kerja

2-11-2023 12:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3528| Komen: 6

Kerja dah buat tapi bayaran belum dilunaskan. 

Itulah situasi yang dihadapi oleh seorang pendakwah bebas apabila sebuah stesen TV didakwa gagal melunaskan bayaran kerja yang sudah dilaksanakan.


Menerusi laporan Harian Metro, pendakwah berusia 30-an itu buntu apabila bayaran penuh yang dianggarkan sebanyak puluhan ribu ringgit masih belum diterima.


Apa yang menyedihkan, pendakwah terbabit dikatakan tidak tahu untuk berkongsi masalah yang dihadapi kepada siapa kerana bimbang akan menjejaskan periuk nasinya.

Bagaimanapun, pendakwah terbabit ada menceritakan perkara itu kepada kenalan rapatnya yang juga rakan selebriti, namun masih tidak dapat membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Stesen TV itu berhutang dengannya dengan jumlah yang banyak. Dia sudah tidak tahu untuk berkongsi masalah yang dihadapi kepada siapa lagi," kata seorang sumber kepada Harian Metro.


Harian Metro cuba menghubungi pendakwah itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 2-11-2023 04:29 PM
"pendakwah berusia 30-an itu buntu apabila bayaran penuh yang dianggarkan sebanyak puluhan ribu ringgit masih belum diterima."

Masa awal² tu tak ada buat agreement ke?
Biasanya kan ada bayaran pendahuluan.
2x bayar : 60/40
Atau 3x bayar : 60/30/10
Quote missHaidiD 2-11-2023 04:30 PM
Sapa tu. Bini jah ke.

Awsome tv lg ke?
Quote sharlenetexas 2-11-2023 09:39 PM
Osem?


Quote bintangct 2-11-2023 11:45 PM
kalau 30an maybe ustz don kot
lgpun dia selalu je keluar tv kan
Quote Malasnya_ 3-11-2023 07:44 AM
Osem ka???
Quote AbukRokok 3-11-2023 08:39 AM
osem la tu xkan 8tv

anggap halal je la ostak.... dpt pahala...sebahagian dah dpt kan
nti tuhan bagi rezeki lain...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.167224 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top