PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini dijangka akan mengumumkan keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sedia ada pada tiga peratus. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM dijadualkan bakal mengeluarkan Pernyataan Dasar Monetari pada pukul tiga petang ini, yang antara lain memberitahu tentang kedudukan OPR.
Ia juga merupakan Pernyataan Dasar Monetari terakhir untuk tahun ini. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, pihaknya percaya BNM akan membiarkan kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah bagi mengelakkan kejutan pasaran. “Pasaran perumahan dan kewangan suka apabila kadar jatuh, tetapi mereka tidak suka pada kejutan, dan ramai menjangkakan keputusan untuk tidak mengubah kadar. “Semua penunjuk termasuk inflasi dan angka pertumbuhan ekonomi mencadangkan bahawa Malaysia tidak memerlukan kadar yang lebih tinggi,” ujarnya baru-baru ini. –CARI
Sumber: Kosmo
|
lolipopmanish replied at 2-11-2023 12:14 PM
Bukan ke piyem ckp baru ni opr tak naik
ina_na replied at 2-11-2023 12:15 PM
Percaya ckp piyeemm ke...hehehehe...iolss sejak lps dgr perbualan cikgu anak murid..langsung x cay ...
Azharitubunga replied at 2-11-2023 01:21 PM
Ringgit rahmah
OPR rahmah
Ayam rahmah
lolipopmanish replied at 2-11-2023 12:14 PM
Bukan ke piyem ckp baru ni opr tak naik
shida81 replied at 2-11-2023 01:10 PM
Lamanya chuols kn tipu smapai 25thn..
Mujur iols 20thn je
ADVERTISEMENT