CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Skrip Surat Dari Tuhan Bercanggah Amalan Islam, Memaki Di Tanah Suci Ajar Penonton Perkara Tak Elok

2-11-2023 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3371| Komen: 2

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, Islam tidak mengajar menggunakan kata-kata kesat atau menghina walay dalam keadaan marah sekali pun.

"Kita dalam kawasan mulia dilarang menggunakan perkataan kasar. Kita diajar untuk berdoa dan perlulah menggunakan bahasa yang baik.

"Dalam keadaan marah sekali pun, Islam tak mengajar kita menggunakan kata-kata tidak baik atau menghina," katanya menerusi satu temu bual bersama saluran TV AlHijrah pada Rabu susulan isu skrip drama Surat Dari Tuhan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.


Foto: IG

Tambahnya, skrip dan babak dalam drama tersebut seolah-olah menggambarkan satu sifat bercanggah dengan amalan Islam dan tidak baik untuk tontonan umum.

"Paparan dalam drama tersebut yang menggunakan perkataan tidak baik di Tanah Suci seperti mengajar penonton satu benda yang tidak elok," jelasnya.


Susulan itu, beliau menyarankan agar mana-mana penerbit atau pihak produksi untuk mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif terutama berkaitan isu agama sekiranya kurang jelas tentang sesuatu perkara.

Sebelum ini sedutan promo drama Surat Dari Tuhan mengisahkan tentang Misha lakonan Janna Nick iaitu seorang menantu jahat yang mendera ibu mentuanya Rafilah (Sheila Mambo) tular di media sosial.

Skrip yang dilafazkan oleh Janna menyebut sebaris doa bersumpah mengharapkan kematian ibu mentua di hadapan makan Rasulullah SAW adalah tidak sepatutnya berlaku.

Meskipun babak tersebut dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel, namun kata-kata keterlaluan menyentuh isu agama adalah tidak wajar diambil mudah.

Babak Misha memarahi seorang ustaz yang sedang memberi tazkirah dalam sebuah bas turut mendapat kecaman hebat netizen.

Selain Janna dan Sheila drama ini turut dibintangi oleh Shukri Yahaya serta Ummi Nazeera. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 2-11-2023 12:42 PM
Drama ni adaptasi novel ke
Kalau novel acik siti rosmizah mengarut

Quote nolya 2-11-2023 01:05 PM
Kalau drama berlandaskan agama, apakah skrip dn dialog drama tidak ditapis dn dinilai terlebih dahulu?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.031569 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top