CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong Jangan Parkir Di Sini, Kami Bila-Bila Sahaja Balik," Wanita Bengang Jiran Bagi Surat Amaran, Parking Di Flat Macam Atuk Nenek Dia Punya ...

2-11-2023 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4765| Komen: 28

Seorang wanita Anieyta Bahrum, tak puas hati kerana mendapat nota amaran daripada seorang jirannya kerana tindakannya memarkir kereta di kawasan yang kononnya milik individu berkenaan.

"Mohon pencerahan... baruk tok diam di flat dapat notis macam tok dah berapa kali. (Mohon pencerahan. Baru ni tinggal di flat dapat notis macam ni dah banyak kali)," tulis wanita itu dalam loghat Sarawak pada hantarannya.


Wanita tersebut dalam pada itu secara sinis memerli jirannya kerana sesuka hati membuat kawasan parkir seperti hak mutlak mereka.


Foto: FB

"Parking di flat tok datok ninek nya pun kali o (Parking di flat ni atuk nenek dia punya kot)," Baru ni tinggal di flat dapat notis macam ni dah banyak kali.

Dia turut memuat naik gambar sekeping nota amaran yang diterimanya.

"Amaran terakhir! Tolong jangan parking di sini. Kami bila-bila sahaja balik dan nanti tak ada tempat parking. Terima kasih," demikian amaran yang tertera pada nota tersebut.


Di ruangan komen, rata-rata warga maya berpandangan bahawa jirannya melakukan kesalahan kerana 'menempah' petak parkir awam.

Malah ada yang mencadangkannya membuat laporan kepada pihak berkaitan kerana mendapat ugutan.

"Parking tanpa geran dikira sebagai common area, tidak boleh dicop dan first come first serve basis. Yang cop car park tu, kalau dah tahu siapa, boleh report KPKT Tempatan buat repot polis untuk keselamatan sebab ada kes kereta kena kacau.

"Balas balik, itu parkir awam! Tak perlu nak cop.

"Ini mesti perempuan yang tulis... perempuan kan sentiasa betul,"demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 2-11-2023 10:04 AM
....risau kereta calar dan pecah cermin je.
Quote seri_mawr 2-11-2023 10:10 AM
balas surat dia...ni parking bapak kamu punya kah..?
takpun...u beli rumah dapat parking sekali ke..?

rumah flat kot... kita kena parking bertindih kah..? rumah i atas rumah u...
saja kasi panas..

klu berani jumpa face 2 face jah..
Quote msdummy.2018 2-11-2023 10:12 AM
Kata boleh bawa court..ko bw jerlah masuk courttt kes nih
Quote hareeeesah 2-11-2023 10:17 AM
cuba pngil kereta polis park situ hari ² polis jgn dok dlm perhati la dr hidden place tgk ada x nota gitu?
Quote nuryakmal 2-11-2023 10:23 AM
kalau ko beli rumah sekali dengan tempat parking , ye boleh la sound. kalau tak, tu common area je. feeling tau
Quote SalenaGomez 2-11-2023 10:26 AM
Dia punya surat “last warning” tah berapa kali dia kasi daaa
Quote cikatilia 2-11-2023 10:52 AM
dah nama flat mmg hauk la dok warn2 org
kalau warn block pagar ke logic la jugak nak marah
Quote sayurmayur88 2-11-2023 10:58 AM
mentaliti kebanyakan org2 dok flet.
Quote krustykrab 2-11-2023 10:59 AM
Masa baru kawin dulu iols dok flat. Prnh dpt surat cinta mcm ni lah dari pasangan melayu. Laki malas nk bertekak.. bil park depan rmh family india ni ok je diorg, tak de dpt surat cinta. Konsep kalau kosong prk je. Takde terpaksa park jauh. Harap2 pasangan yg bg surat cinta tu dah bertumbuk dgn gangster
Quote Kitty_catz 2-11-2023 11:01 AM
mebi dulu jiran duduk atas pokok

la ni pindah duk flat

tp mentality machiamm masih duk kat atas pokok
Quote airmineral 2-11-2023 01:16 PM
ni yg letih kalau hidup dgn org xreti bahasa perasan bagus
Quote johan-adx 2-11-2023 01:24 PM
rumah tingkat2 ni elok beli rumah + 1park free..bila parking open mcmni mmg yg dok lama akan jd 'penghulu' kwsn tu
Quote tripleid 2-11-2023 01:41 PM
Cantik plak bahasa dia
Quote Firenzza 2-11-2023 04:59 PM
Teringat plk ada 1 owner flat pprt extend dpn umah  dia teruih naik dinding kiri kanan parking jadi hall
Quote 3480 2-11-2023 05:12 PM
Keta kwn pnh dpt cop mohor tapak kaki.
X warning langsung tu.
Aku nsb x kena.
Sblm kena aku sewa parking kt surau
blkg flat tu.
Masa zmn u dulu la
Quote maroon_nerd 2-11-2023 05:26 PM
Ni kalau bergaduh ngan orang camni, dicalarnya kereta kita. Tu menyampah tu. Last2 orang biar je la orang2 camni. Tu yang makin menjadi2. Duduk flat acah2 duduk kondo nak parking sendiri la apa la.
Quote azimodin 2-11-2023 08:37 PM
Sama la perangai self appointed ketua block masa ake menyewa kat kota damansara. Dia duduk ground floor. Extend rumah depan belakang ya. Parking 4 spot dia punya. Aku pernah la parking kat slot dia tu pastu dia marah2. Siap cakap orang baru kena la beradab bila masuk tempat orang. Aku malas nak gaduh, aku park tempat lain. Ada sekali tu masa aku pregnant, ada orang double park . Aku ank pergi kerja x boleh, so aku hon la banyak kali. Pastu ketua block & kawan2 dia marah aku. Ntah hapa2.. orang lain yg park macam nokharom aku pulak dikatanya x pandai hidup berjiran. Nasib baik la aku dah pindah duduk rumah landed. Walaupon ada jugak kes parking depan rumah orang, tapi xde la se-hanat masa aku duduk flat
Quote syamzana 2-11-2023 10:17 PM
isu ni mcm byk kali masuk forum, setahun ada dlm 5/6x menunjukkan ramai ummah malaya peel lahanat
Quote annehuda 2-11-2023 10:27 PM
Kalau aku jadi dia aku tabur paku je kt parking lot tu. Rasain lho

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.058602 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top