Seorang wanita, Norsiyah Kasnawi menggelar bekas isteri Da'i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Erin sebagai manusia munafik. Berang ditipu Norsiyah, 46, berkata dia tidak menyangka Erin yang sering menggunakan sentimen agama tergamak menipunya dalam urusan perniagaan.
“Dari awal saya berkawan macam-macam dia cerita seperti kaya, ada kilang dan ada duit RM200 juta dalam akaun tapi dibekukan oleh kerajaan sebab terpalit kes mahkamah. "Dia kata sekarang tengah sesak sedikit, jadi dari situ dia yakinkan saya untuk buat produk dengan dia. "Tapi bila saya dah bergaduh dengan dia selepas enam bulan saya dah bayar tapi produk tidak dapat... rupanya semua yang dia cerita semua tidak benar, demi Allah dia manusia paling penipu pernah saya jumpa," katanya kepada mStar.
Pada Selasa, Hakim Norfadrina Zulkhairi memerintahkan Erin membayar tuntutan serta ganti rugi sebanyak RM57,900 kepada Norsiyah. Prosiding itu berlangsung di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur. -CARI Sumber: mStar
|
..dia tidak menyangka Erin yang sering menggunakan sentimen agama tergamak menipunya dalam urusan perniagaan..
sayurmayur88 replied at 2-11-2023 10:12 AM
BEKAS
ISTERI DA'I
pokokmeranti replied at 2-11-2023 10:31 AM
ini yg nikah cerai beberapa kali tu ka yg pompuan tu?
midori888 replied at 2-11-2023 10:57 AM
dah tak pakai tudung yer ppuan nie...kawen byk kali jugak kan...
adiksha replied at 2-11-2023 09:20 AM
yg kaya betul selalunye senyap je dik [em:4:]
ADVERTISEMENT