CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shaheizy Sam Boikot Syarikat & Entiti Yang Terbabit Dengan Israel

1-11-2023 08:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2117| Komen: 3

Pelakon popular, Shaheizy Sam sedang berusaha memboikot mana-mana syarikat atau sebarang entiti yang terbabit dalam pemberian sumbangan kepada ekonomi dan ketenteraan Israel.


Sam berkata, langkah tersebut dilakukan olehnya sebagai satu usaha solidariti terhadap rakyat Palestin dan Gaza yang diserang dengan tidak berperikemanusiaan rejim zionis Israel.



“Kini saya sedang dalam usaha untuk memboikot sebarang syarikat yang memberikan bantuan kepada rejim zionis sama ada secara langsung atau tidak.


“Misalnya, ada syarikat tidak secara terus memberi sumbangan kepada Israel, namun mereka membayar caj tertentu kepada ibu pejabat yang kita sendiri tak tahu ke mana duit itu. Kalau diketahui duit itu disalurkan untuk tujuan kebinasaan, saya akan berhenti beli.


“Lagipun saya ada senarai produk yang perlu dielakkan kerana berkaitan dengan kekejaman Israel. Malah, saya akan sentiasa kongsi dengan pengikut saya di media sosial,” katanya.


Pelakon berkenaan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem La Luna yang diadakan di semalam.


Pada masa sama, pelakon Polis Evo itu juga berharap agar masyarakat dapat menyokong barangan buatan tempatan seiring selepas berhasil dengan tindakan memboikot.


“Dulu mesti kita akan bangga kalau dapat pakai barangan mewah macam Channel. Cuma apabila saya dengar Channel baru ‘campak’ wang AS$1 juta ke sana, saya jadi sakit hati. Saya pun tak kisah kalau tak pakai barangan mewah, janji saya tahu saya buat benda yang betul.


“Lebih baik saya terus sokong barangan buatan Malaysia. Saya juga berharap agar selepas mendapat sokongan daripada masyarakat, mereka janganlah kedekut dengan kita pula,” katanya.



Sumber: KopiPlanet



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 1-11-2023 08:21 PM
Fb pun entiti
Quote zuriey 1-11-2023 08:23 PM
Loghrat...vape tu yg patut ko boikot bangang
Quote Diamondmoney 1-11-2023 08:32 PM
Bini ko pakai beg apa anat

Ko laki bini pakai hfon apa anat
Ko laki bini pakai waze ke tak


Benci aku retis2 ckp tak serupa bikin
Kaki mencapub

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.036000 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top