Jakarta: Seorang lelaki di wilayah Jawa Timur, Indonesia dilapokan membunuh menantunya yang sedang hamil tujuh bulan selepas mangsa menolak ajakannya untuk melakukan hubungan intim. Laman berita Suara.com melaporkan, suspek bernama Khoiri, 52, didakwa membunuh menantunya, Fitria Almuniroh Hafidloh Dinayah, 23.
Selepas mengelar leher menantunya menggunakan pisau dapur, suspek melarikan diri ke rumah jirannya dan bersembunyi di dalam bilik yang dikunci dari dalam. Saksi pertama kejadian itu ialah suami mangsa, Sueb, 31. Apabila Sueb pulang ke rumah selepas bekerja, dia menemui isterinya terbaring di atas katil sambil berlumuran darah. Dia kemudian membawa isterinya ke hospital terdekat. Namun, ketika dalam perjalanan, isterinya yang sarat mengandung menghembuskan nafas terakhir, menyebabkan dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan.
Suspek telah ditahan pihak berkuasa dan sedang disiasat. – AGENSI Sumber: Kosmo! Online |
Sazreena replied at 1-11-2023 08:56 PM
Elok dia ni yg disembelih...badan pun dah cam pumba.
kotakbaju replied at 1-11-2023 10:20 PM
Pumba tu apa chuols
ADVERTISEMENT