CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Peminat 'Gedik' Nak Pegang Aiman Tino Walaupun Isteri Kat Sebelah

1-11-2023 08:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2566| Komen: 12

Penyanyi Aiman Tino mendedahkan pernah berdepan situasi peminat wanita cuba 'menggedik' meskipun mengetahui dirinya sudah beristeri.

Bagaimanapun, Aiman memaklumkan dirinya bersikap profesional dan mengelak untuk melayan peminat terutama wanita keterlaluan demi menjaga hati isteri tersayang.



"Nak kata peminat lari selepas berkahwin, saya tak pasti. Tapi, ada yang masih nak menggedik dengan saya (ketawa).

"Walaupun isteri ada di sebelah, tapi mereka tetap nak dekat dengan saya sambil cuba nak pegang lengan.

"Sebelum ini, saya memang tak kisah nak ramah mesra dengan peminat lelaki atau perempuan.

"Cuma sekarang kenalah ada batasan sebab sudah ada isteri," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Restoran Ngam Ngam Neighbourhood dan penyerahan sumbangan kepada artis veteran, di sini, hari ini.


Mengulas reaksi isterinya, Syarah Haifa berhubung sikap berani peminat, penyanyi Ku Rela Dibenci itu bersyukur kerana wanita itu bersikap profesional.

"Isteri sangat profesional dan macam okay sahaja. Tapi, bila balik rumah mulalah membebel sambil mengingatkan saya supaya tak layan secara berlebihan.

"Pernah juga dia merajuk dan kunci diri dalam bilik gara-gara insiden itu.

"Saya jelaskan kepada dia, itu sekadar peminat. Setakat ini, tak pernah terlepas lagi," jelasnya.

Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April lalu selepas lebih dua tahun berkenalan.


Sumber: BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 1-11-2023 08:16 PM
lahai ala lahai
Quote margo20 1-11-2023 08:37 PM
Dgn dak eman pun voley inzal
Quote rain2169 1-11-2023 08:42 PM
Eiiii Sapa yg gedik nak pegang mamat ni?
Peminat tak betul kot…….
Orang waras tak de nya nak pegang airman tino
Quote shernazz 1-11-2023 08:44 PM
Laa korang Ni..
Budak2 biasa la...
Dolu Zaman korang pung mesti dok cop cop Tomok new Boyz...Fairuz q face..naqiu ...

Tapi pegang tangan depan Bini dia mmg tak patut la..amende la gatai beno
Quote buapakperut 1-11-2023 09:21 PM
Iols mybe dah tua so pandang budak ni mcm anak sengkenit ja. Tak paham sapa la yang vernafsu tengok.
Quote imanda 1-11-2023 10:56 PM
muka helok heols ni mcm arwah hani mohsin
Quote codenamedream 1-11-2023 11:36 PM
imanda replied at 1-11-2023 10:56 PM
muka helok heols ni mcm arwah hani mohsin

Tiber meols nak setuju. Makin dewasa makin helok.

Kejap lagi meols dituduh perempuan yg tergedik2 itu.

Quote imanda 1-11-2023 11:40 PM
codenamedream replied at 1-11-2023 11:36 PM
Tiber meols nak setuju. Makin dewasa makin helok.

Kejap lagi meols dituduh perempuan yg tergedik2 ...

hahaha
kita puji muka je xde hegeh la hai nak gedik kat budak skolah ni
Quote sleepandream 1-11-2023 11:52 PM
dik aiman ni kalau tinggi mesti acik2 sini tak pandang fattah amin dah
Quote sayurmayur88 2-11-2023 07:29 AM
hahahahahahaha
Quote orkid_amani 2-11-2023 08:29 AM
shernazz replied at 1-11-2023 08:44 PM
Laa korang Ni..
Budak2 biasa la...
Dolu Zaman korang pung mesti dok cop cop Tomok new Boyz...Fairuz  ...

Betooii wei..dulu tomok..fairuz..naquie tu mendunia wei..jadi kegilaan time tu aii sekolah rendah. Ramai gila pans diorang..tapi tomok la juara carta
Quote shernazz 2-11-2023 11:10 AM
orkid_amani replied at 2-11-2023 08:29 AM
Betooii wei..dulu tomok..fairuz..naquie tu mendunia wei..jadi kegilaan time tu aii sek ...

Kan..
Biasa la budak2
Nanti depa dah matang mesti depa Malu sundiri

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037719 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top