CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Mantap, Syahir Dikritik Tak Setaraf Dan Kurang Penjiwaan Dalam Menyanyi

1-11-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2393| Komen: 1

Shila Amzah dan Syahir Amzah menduduki tangga tercorot dengan markah 42.5% pada minggu ketiga fAMILI dUO.

Bertemakan rock pada minggu ketiga, Shila dan Syahir membawakan lagu medley In The End, Bring Me To Life, The Phantom Of The Opera & She Gone nyanyian asal Linkin Park, Evanescence, Nightwish dan Steelheart.


Foto: IG

Persembahan Shila berjaya membawa aura persembahan ke peringkat antarabangsa, namun adiknya Syahir dikatakan masih mencari rentak.

Syahir ditegur oleh juri tetap Ajai mengenai pembawaannya di atas pentas terutamanya dalam penjiwaannya dikatakan tidak memberi hasil atau setaraf kakaknya itu.



“Sekarang Famili Duo berada di minggu ketiga, sepatutnya tiada masa lagi untuk segi pembelajaran.

“Syahir seharusnya kena tonjolkan diri, sebab persembahan sebentar tadi pun masih ada bahagian yang tak dihafal.



“Apa yang saya nampak adalah kurang dari segi penjiwaan dan penyampaian lagu yang masih tak seiring lagi.

“Jadi dengan baki lima episod, Syahir perlu tonjolkan diri dan bantu kakak awak kerana ini bukan masa untuk belajar lagi.



“Shila sudah memberi persembahan demi kamu, jadi kamu juga perlu memberi persembahan demi kakakmu. Baru jadinya berduo lebih baik,” ujarnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-11-2023 09:10 AM
Shila kena push sikit adiknya.. Maybe stage fright terok kot..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.028023 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top