CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kakak Jangan Marah Saya," Watie Ziarah Kubur Siti Sarah, Shuib Pernah Marah Maid Sebab Kalih Baju Arwah

1-11-2023 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3969| Komen: 17

Watie mendedahkan Shuib pernah memarahi pembantu rumah mereka gara-gara mengalihkan baju terakhir yang dipakai oleh Allahyarham Siti Sarah.

Katanya pakaian itu juga sering dibawa Shuib ke mana sahaja dia pergi sebagai pelepas rindu terhadap arwah yang meninggal dunia dua tahun lalu.


Foto: IG

"Ini pakaian terakhir arwah (Siti Sarah) Daddy (Shuib) bawa ke mana-mana pergi. Dia pegang dan cium. Setiap kali buka almari mesti akan nampak.

"Pernah bibik baru yang tidak tahu ini baju arwah, dia alihkan. Bibik kena marah," katanya di IG Story.




Menurutnya lagi Shuib selalu berkongsi kenangan lama bersama arwah selepas mereka mendirikan rumah tangga.


Dalam satu hantaran berbeza, Watie turut menceritakan kali pertama dia menziarahi kubur Allahyarham Siti Sarah.




Tambahnya niat ikhlas menjadi isteri Shuib serta ibu kepada anak-anaknya suaminya itu membuat dia tidak pernah takut akan kecaman banyak pihak.

"Saya cakap (ketika di kubur), doakan saya dari jauh. Kalau memang saya jodoh suami kakak (Siti Sarah). Doakan semoga jalan ini dipermudahkan. Kakak jangan marah saya.

"Kalau kita percaya dengan niat, insya-Allah rasa takut akan hilang dengan sendiri," ujarnya.



Untuk rekod Watie dan Shuib melangsungkan pernikahan pada 23 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2 tahun.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 1-11-2023 04:38 PM
Kalau aku jd watetek aku jeles..laki tak move on lagi payah dari bini x move on.
Quote freyayong 1-11-2023 04:39 PM
dasyat wati tak jeles eh. kalau aku jeles wooo
Quote black_handbag 1-11-2023 04:43 PM
banyak pahala watie ni jaga anak2 soeb tu yg kematian ibu. nampak happy anak2 arwah. susah nak cari perempuan yg ikhlasboleh terima anak2 tiri berderet kecik2 lagi tu tau

kalau aku kat tmpt watie, aku xnak duda anak berderet
Quote shernazz 1-11-2023 06:09 PM
Iols memula MCM terpikir ok ke wati neh Jadi ibu tiri budak2 tu
Bila tengok budak2 tu happy je..ok la tu..
Sebab soeb pung nak happy juge
Quote ninnamina 1-11-2023 06:16 PM
rasa mesti ada memendam rasa jugak, tapi memandangkan anak2 sayang sangat dekat wati ni, plus soib pun bagi secukupnye so maybe dia redho je.. lagipun first wife dia dah meninggal tak rasa tergugat pun. kalau ada apa2 terjadi rasanye anak2 tu pun akan bekap kuat wati ni.. semoga berbahagia…
Quote nurul_akmar 1-11-2023 07:04 PM
walaupun kenkadang tgk watie ni mcm gedik, tp anak2 tiri selesa ngan dia.. meaning dia mak yg baik sbnrnya.. perangai je mcm rempit... oklah dari yg pura2 lemah lembut padahal xleh terima langsung anak tiri
Quote jihyomelly 1-11-2023 07:23 PM
alhamdulillah anak2 selesa dgn watek..pandai dia jaga anak2 walaupun x brapa suka tapi yg betul kena puji la jugak
pesanan utk soeb..arwah dah meninggal jaga la sama perasaan watek tu..memang la dia cakap ok tapi bila lama2 mesti timbul perasaan terasa hati..
Quote blekkep 1-11-2023 07:56 PM
buat pe nak jeles ngan org yg dh xde..aiols soft spot sikit ngan watie ni
Quote zuriey 1-11-2023 08:22 PM
Kesian wati hanya jdi tmpt pelepas napsu dan jadi bibik utk ank2 soeb.tapi lantak la ko juga yg gatal nak nikah dgn soeb
Quote Note8687 1-11-2023 08:44 PM
Bab urus anak2 tiri ni mmg nampak la tiptop wati ni. Anak2 nampak selesa dan mesra dgn dia. Budak2 tu pun nampak terurus dan pakaian pun elok je sedondon pi mana2. Bab jeles tu, hanya dia je yg tau jawapan sebenar. Gedik2 tu mmg semulajadi kot hah, sbb dgn anak2 tiri pun dia gitu
Quote sukacactus 1-11-2023 08:55 PM
Sabar je la
Dia dgn arwah tu berapa tahun berumahtangga
Ko baru lagi, mesti la kesan kehilangan tu lebih besar
Tp respect ke wati ni
Kalau aku la, mmg tak sanggup
Quote maroon_nerd 1-11-2023 09:01 PM
Baik Watie ni. Payah nak jumpa perempuan yang tak jeles & layan je laki cerita pasai perempuan lain walaupun isteri dia dulu. Ye la. Mmg dah meninggal, tapi selalu sangat sebut, mesti la terasa jugak. Dia mmg ikhlas nak jaga budak2 tu. Kalau ikutkan boleh je dia cari org kaya lain. Semoga Allah beri kekuatan dekat dia nak jadi isteri yg baik & mak yang baik.
Quote babaicute88 1-11-2023 09:16 PM
Rindu yang paling sakit, adalah rindu pada yang telah pergi…

Semoga mental Watie terus kuat! [em:2:]
Quote hzln 1-11-2023 09:19 PM
Bak kata marlia musa (or was it someone else?) suatu masa dahulu
U can never compete with a dead woman...
Gitohhh
Quote telracs 1-11-2023 09:23 PM
Teringat kisah Aisyah r.a isteri junjungan mulia Nabi Muhammed a.s.
Baginda Aisyah juga pernah cemburu apabila Rasulullah sering mengutamakan almarhumah Khadijah a.s. yang telah meninggal dunia.

Semoga perkahwinan soeb & wati ini mendapat keberkatanNya dan kekal bahagia sehingga akhirnya.
Quote Bulanbaru 2-11-2023 01:23 AM
hzln replied at 1-11-2023 09:19 PM
Bak kata marlia musa (or was it someone else?) suatu masa dahulu
U can never compete with a dead wom ...

Ekceli mi pon terpikirkan Cik Marlia ngan Sifu. Sifu dulu tak meretap2 atau masa tu takdak socmed kut.
Quote pocongkiutss 2-11-2023 02:23 AM
aemon replied at 1-11-2023 04:38 PM
Kalau aku jd watetek aku jeles..laki tak move on lagi payah dari bini x move on.

Apa pulak nak jeles uols

Soeb tu dah lama move on

Acah2 tak move on tu sebab CONTENT nak buat cari makan

Watetek pasti tahu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.046444 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top