CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Digelar Bodoh Dan Bengap, Dituduh Tak Simpati Dengan Rakyat Palestin

1-11-2023 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6544| Komen: 54

Hati Fasha Sandha terguris terguris apabila ada individu mendakwa dirinya tidak peka dengan nasib rakyat Palestin.

Di Instagram, Fasha kata pihaknya ada menyalurkan bantuan dan terkesan atas nasib menimpa Palestin dan Gaza.


Foto: IG

Fasha memuat naik tangkapan skrin komen individu berkenaan yang menggelarkannya bodoh dan bengap gara-gara tidak menunjukkan rasa duka secara terbuka terhadap isu peperangan yang membunuh ramai rakyat Palestin tidak bersalah itu.

Meskipun dia kalis kecaman, namun hatinya sedikit terguris apabila dikritik sedemikian.



"Dear saudara islamku. Saya turut berdukacita, turut mendoakan, juga turut titipkan bantuan, tapi apabila saya buat posting berkenaan kerja saya untuk @inayahbeautytrading bukan bererti saya tidak berdukacita dan peka terhadap palestine dan Gaza.

“Hidup kita semua harus diteruskan, sama juga seperti rancangan nyanyian dan hiburan di TV juga tetap diteruskan walau semua sedang berduka.


“Walaupun saya ni jenis kalis kecaman, ada juga sedikit terguris, bila kita sama-sama saudara islam, kata saya tak peka terhadap Palestine dan Gaza. Mungkin cik boleh check, samada team kami peka atau tidak terhadap Palestine Gaza.

“Baru cik boleh kembali untuk bagi komen sebegini. Apapun….. Terima kasih,” tulisnya.



Di ruangan komen, ramai yang memberi sokongan kepada Fasha dan menasihatinya agar tidak mengendahkan komen tersebut. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 1-11-2023 04:02 PM
Dah semua x boleh nk happy ke apa...yg berperang org...
Quote dani-rox 1-11-2023 04:24 PM
sekarang zaman performative activism. ko kena tunjuk dgn semua org, you're either with us or against us. Gitteww
Quote Skuau 1-11-2023 04:27 PM
abes la..kuar kt media soc,kedai mamak,mall,7E...semua orng nanges. ini dh jd 'pilem seram dh camni'....
Quote kelip2_07 1-11-2023 04:33 PM
nie sama kes xleh tnjk mknan..dikatanye kita xprihatin
Quote ifanonline 1-11-2023 04:35 PM
tak payah main social media la kalu jiwa senipis kuman...
Quote babelina 1-11-2023 04:38 PM
sama mcm konsert Ella kt Penang hrtu.. ada org komen x sudah2 nk berhibur, org tgh berperang katanya.. pastu laki Ella komen berjaya kutip 30ribu mlm tu sumbangan utk Palestine.. katanya lg.. klau x taw nk buat apa baik berdoa dan jaga mulut tu.. pelik kdg dorg yg komen nie.. agknya apa dia buat ye.. menangis, murung jer ker apa..
Quote missbigrockstar 1-11-2023 05:00 PM
Laki dia pun tanam rambut ke? Tak sebotak dulu2.
Quote sofi_sofia 1-11-2023 05:24 PM
konsepnya skrg nih mmg semua org kena tunjuk sedih bermuram durja ke haper? takutnya meols nak update ootd skrg ... nnti dituduh tak sensitif plk
Quote ninnamina 1-11-2023 05:51 PM
geng2 yg serang orang konon tak post pasal paletine and israhell ni boleh la follow rapat mamu sanaz tu. sama geng semua benda nak jadi terpaling.
Quote kalchi 1-11-2023 07:57 PM
Org tu menderma, tah tah dia dlm solat tak lupa doakan muslim yg beperang tuh. Melayu yg kutuk dia bedoa tak dlm solat? Ke skadar sharing kt fb boikot stabak dan pakai mafla palestin?
Quote zuriey 1-11-2023 08:20 PM
Bbnu bodoh lembam je yg loghrat sgt isu palestin ni.
Quote Kentot_Wangi 1-11-2023 08:22 PM
Kadang2 org yg over komen ni, derma pn x apatah lagi mendoakan.. Netizen ni smua nak terpaling... Acah2... Ntah2 fasha tu dah derma beribu2 kt palestine. Kang dia tnjuk, korg (netizen) komen ckp dia menunjuk pulakk.. Mcm org komen yg kepom tu..
Quote cha-cha 1-11-2023 08:39 PM
Cantiknya fasha lam video nyanyi hindustan tu. Walaupun cringe betholl ngan laki sheols tu
Quote AWEKSAMURAI 1-11-2023 08:58 PM
Palestine ni org nk bersolidariti supaya genjatan senjata ja... Kasi rileks dlu nnti2 depa perang lagi... Mmg xde kesudahan nya pun peperanga tu sampak lah Imam Mahadi muncul n Nabi Isa a. S turun.. Dajjal. Apa sume panjang lagi episode... Sedih mmg sedih bila kanak2 d bunuh org islam d tindas tp depa mmg al. Syahid masjk syurga tanpa hisab... Kita kat sini pun jgn lah beriya sgt tunjuk x terkesan especially artis2 yg jd perhatian tp jgn lah jd terpaling warak plakk sampai apa org buat sume salah
Quote she 1-11-2023 09:16 PM
Macik nak mengomen
Kenapa eh perempuan suka tangkap gambar nganga2 mulut?

Sekian
Quote heythere123 1-11-2023 09:25 PM
Edited by heythere123 at 1-11-2023 11:44 PM

harap fasha ni boleh maintain la kurus sebab tak baloi makan ubat kalau gemuk balik.

Quote heythere123 1-11-2023 09:27 PM
netizen malaysia ni pelik, dorang sendiri teruskan hidup dengan mengomen sana sini dekat ig retis. Pastu nak marah bila retis bekerja?

Pastu retis nak buat apa kalau tak keje nyah? nak bagi duit ke untuk retis tu makan?
Quote heythere123 1-11-2023 09:28 PM
she replied at 1-11-2023 09:16 PM
Macik nak mengomen
Kenapa eh perempuan suka tangkap gambar nganga2 mulut?


kadang ada setengah orang tu theyols tak konfiden macik kalau tutup mulut. Done palatao
Quote miz_hanne 1-11-2023 09:48 PM
she replied at 1-11-2023 09:16 PM
Macik nak mengomen
Kenapa eh perempuan suka tangkap gambar nganga2 mulut?


Nak nampak sensual mungkin..seksi gitewww

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.049276 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top