Alif Teega menjelaskan rumah tangganya bersama Aisyah Hijanah tidak dilanda masalah seperti dakwaan segelintir pihak. Personaliti media sosial dan usahawan itu menyangkal dakwaan mereka sudah berpisah malah menjelaskan hantaran berhubung dia sudah 'move on' di TikTok sebelum ini tiada kaitan dengan perkahwinan mereka.
"Tiada apa yang berlaku. Ini adalah ujian dalam rumah tangga. Apa yang boleh kita buat adalah doakan sahaja agar diangkat segala kesulitan. "Kalau lihat posting saya di TikTok tentang move on, memang itu yang saya sering kongsikan. Namun tiada siapa yang dilepaskan. "Maaf jika perkongsian saya sebelum ini menimbulkan salah faham," katanya menerusi video di TikTok miliknya.
Sebelum ini kecoh dikatakan hubungan mereka bermasalah disebabkan wujud orang ketiga yang cuba menggangu rumah tangga. Alif dalam masa sama turut menjelaskan mendapat tahu terkena sihir pemisah selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam "Aisyah ada bawa saya pergi berubat.. Tiga orang ustaz sebenarnya dan jawapannya hampir sama. Jawapan tentang ain, jawapan kedua adalah berkaitan dengan sihir pemisah," ujarnya. Alif juga mengaku silap apabila tidak sengaja menegur isterinya itu secara terbuka ketika mengadakan sesi live di laman sosial. "Saya ada silap, Aisyah pun ada silap. Kami telah pun bersama mencari hikmah serta pengajaran daripada apa yang terjadi. "Apa yang berlaku ni ujian buat kami. Tujuan saya adalah untuk fokus kepada keluarga dahulu," jelasnya.
|
Parit.Hilton replied at 5-11-2023 04:08 PM
ya ampun tak hensem nya laki tu
C-ra replied at 27-11-2023 10:18 PM
Member aku selalu cakap. "Jantan yg muka mcm penyapu ni, mmg selalu berangan dan curang". Bila mem ...
ADVERTISEMENT