CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ganti Bapa Anzalna Nasir, Azmir Saifuddin CEO Baharu Finas

1-11-2023 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2680| Komen: 3

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa pada 1 November iaitu Datuk Azmir Saifuddin.

Azmir memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Oktober 2025.


Pemilihan Azmir dilihat bertepatan dengan misi dan hala tuju Finas kerana belia juga mempunyai pengalaman luas dalam industri seni.


Foto: mStar

"Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, Finas akin Azmir mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem ke tahap yang lebih tinggi," jelas satu kenyataan.

Azmir juga bukanlah nama asing dalam agensi Finas kerana sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah antara Januari 2017 hingga 2019.

Beliau memiliki ijazah dari Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom dalam bidang pengkomputeran.


Sebelum ini juga Azmir pernah brkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX selepas memulakan kerjaya di Bahagian Kreatif Multimedia, Perbadanan Digital Malaysia (MDEC)>

Pelantikan Azmir ini bagi menggantikan Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang mana perkhidmatannya ditamatkan secara mengejut pada 1 Jun lalu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OlofMeister 15-11-2023 09:13 PM
Edited by OlofMeister at 21-11-2023 01:15 AM

https://www.tintfit.com/shop/ has been a real technological breakthrough in automobile temperature regulation. The film technology effectively reflects the sun's rays, creating a comfortable interior environment. I particularly appreciated the intelligent approach to balancing the heat, making driving enjoyable in all weathers.
Quote winky1 15-11-2023 11:01 PM
Good luck ler
Quote Burong_Hantuk 16-11-2023 08:58 AM
tahniah laa!!!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.129716 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top