Ahirine Ahirudin, 26, menjalani pembedahan untuk merawat masalah sinus atau resdung di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur. Difahamkan pelakon itu sudah menderita masalah sinus itu sejak empat tahun lalu.
"Masalah sinus ini sangat mengganggu saya terutama ketika melakukan aktiviti lasak dan bersukan. "Pada masa sama, masalah sinus ini mengganggu tumpuan pada kerjaya seni," katanya kepada Harian Metro.
Mengenai pembedahan sinus itu pula, kata Ahirine, ia dijangka mengambil tempoh selama lima jam kerana agak rumit. "Saya dimasukkan ke pusat perubatan ini sejak semalam dan pembedahan dijadualkan hari ini.
"Pembedahan perlu dilakukan dengan segera kerana menurut doktor keadaan sinus sudah 'darurat' (teruk) dan sudah merebak ke semua bahagian," katanya. Ditanya berapa lama dia akan berehat selepas pembedahan pula, kata Ahirine, semuanya bergantung pada doktor.
"Kalau semuanya berjalan lancar, Insya-Allah, saya akan kembali ke lokasi penggambaran secepat mungkin. "Saya juga terbabit dengan penggambaran drama bersiri Restu untuk saluran iQIYI dan perlu menghabiskan baki penggambaran drama itu," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|