CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru Usia 28 Tahun, Amelia Handerson Belum Rasa Nak Kahwin

1-11-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6717| Komen: 47

Selepas kes pelanggaran kontrak dengan syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd milik penerbit, Datuk A. Aida selesai, Amelia Henderson kini mahu memberi tumpuan pada kerjayanya sahaja.

“Saya tak nak fikir fasa ini dah. Saya nak ‘move on’.

Foto: IG

“Saya nak bekerja sebagai seorang pelakon tapi saya boleh janjikan saya takkan letakkan diri saya dalam mana-mana posisi di mana saya membuat apa-apa untuk menghina sesiapa dan diri saya sendiri.

“Itulah profesional standard saya,” katanya kepada Melodi.



Tambah Amelia, dia bukan seorang yang keras kepala seperti yang dilabel sesetengah pihak apabila mengheret kes ini ke mahkamah, namun hanya mahu mempertahankan diri.

“Bukan nak cakap saya gembira, sebaliknya saya gembira dan bersyukur dengan keputusan.

“Saya bangga dengan diri saya, dalam kehidupan ini kalau kita cuba sedaya upaya dan buat terbaik pasti hujungnya ada keadilan. Itulah yang berlaku pada saya.



“Sebelum ini orang nampak saya keras tapi sebenarnya saya harap orang faham itu bukan sebabnya. Saya sebenarnya sedaya upaya untuk lakukan perkara yang betul.

“Untuk melakukan perkara itu, kita kena ada ketenangan dahulu.

Dalam pada itu, dengan berakhirnya kes mahkamah tersebut, Amelia turut menjelaskan dia belum ada perancangan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.



“Saya baru sahaja masuk 28 tahun.

“Setakat ini tiada perancangan apa-apa, macam yang saya cakap, kita tak boleh rancang apa-apa sangat dalam kehidupan. Saya rasa kita jadi diri kita yang terbaik dan lihatlah apa yang akan jadi di masa depan.



“Jika ada berita seperti itu (berkahwin), saya akan umumkan nanti, setakat ini memang tiada,” kongsinya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 1-11-2023 12:07 PM
Diakui dia memang cantik
Slim..body cantik hidung cantik terletak
Tapi terlalu cantik untuk Aedy Ashraf yang biasha2 tuhh
Quote bukan_ustazah 1-11-2023 12:09 PM
Benang dia lagi
Quote stingerbumpy 1-11-2023 12:10 PM
naina replied at 1-11-2023 12:07 PM
Diakui dia memang cantik
Slim..body cantik hidung cantik terletak
Tapi terlalu cantik untuk Aedy Ash ...

Teks ramas payah dapat segenggam....

Fail....
Quote bukan_ustazah 1-11-2023 12:11 PM
Mana producer tolong pairing kan amelia dengan gambit sebab dua-dua modern dan helok.
Quote doubleA 1-11-2023 01:09 PM
Curlast dia pakai korset je pergi dinner
Quote anilanil 1-11-2023 01:13 PM
Dulu masa kahwin umur 19 tahun nape tak pernah terfikir masih muda utk berumahtangga? Bertabah la keli, kalo hang ada title kerabat mungkin jawapan sheols berlainan...
Quote Kancilkering 1-11-2023 01:16 PM
tubggu 2 piece dia leak …dia fikir dia bcl…
Quote drivethru 1-11-2023 01:17 PM
Kenapa kopek ni, kejap nak kecik, kejap nampak besar.
Quote DianaSaksen 1-11-2023 01:34 PM
naina replied at 1-11-2023 04:07 AM
Diakui dia memang cantik
Slim..body cantik hidung cantik terletak
Tapi terlalu cantik untuk Aedy Ash ...

Cantik pun diceraikan
Ex hubby dia tu lagi lah takde rupa
Ok lah aedy tak terlalu tua
Just nice
Amy ni tak suka gelaran janda gitu
Quote bankerpencen 1-11-2023 01:46 PM
Lorh muda lagi pun. Lagi pun bukan tak pernah kahwin sebelum ni. Relax aje
Quote cantthinkofany 1-11-2023 01:59 PM
belum rasa???...bukan dah pernah kawin ke?
Quote Prickford 1-11-2023 02:06 PM
anilanil replied at 1-11-2023 05:13 AM
Dulu masa kahwin umur 19 tahun nape tak pernah terfikir masih muda utk berumahtangga? Bertabah la ke ...

Kannn...muda sesangat. Menggelupor nak kawin. Rasanya masa tu sheolls mcm masih study tak tak habis. Ke habis jugak study sebelum jadi actress.

Quote nubook 1-11-2023 02:26 PM
Cantik sgt ye she. OT sat *si jill tu dah ada partner baru ke tu?
Quote bulanbulat 1-11-2023 02:58 PM
Yang ni seksi pasepa x kena kecam macam leona?
Quote dewi_rina 1-11-2023 03:13 PM
Choi mcm tak penah berkahwin
Quote ReginaGeorge 1-11-2023 03:15 PM
dewi_rina replied at 1-11-2023 07:13 AM
Choi mcm tak penah berkahwin

Hahahahahaahaha
Quote jiwakacau06 1-11-2023 03:16 PM
dewi_rina replied at 1-11-2023 03:13 PM
Choi mcm tak penah berkahwin

baru nak komen....kena tambah ayt...belum bersedia nak kawin lagi sekali....
Quote missbigrockstar 1-11-2023 05:19 PM
Cantik kaler rambut dia kali ni. Edisi rambut merah buruk akhirnya berlalu pergi
Quote Parit.Hilton 1-11-2023 05:38 PM
jap dia dgn aedy tu memang bercinta betul2 ka
susah iols nak caya

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.295316 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top