CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Gagal Sita Barang Rumah, Amir Pearl Dah 'Cabut' Lari

1-11-2023 09:32 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8454| Komen: 74

Penyanyi, Datuk Aishah masih gagal menuntut hadiah sebidang tanah lot yang dimenanginya selaku juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Pemilik nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, dia bersama peguam telah mengunjungi kediaman penaja hadiah iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa yang juga vokalis kumpulan Pearl dan rumah anaknya, Putera Hashiff pada petang Selasa.



Namun kedua-dua kediaman itu telah pun dikosongkan dan penaja juga sudah 'cabut' lari.

"Kami pergi kedua-dua buah rumah Datuk Amir dengan Putera Hashiff kerana kami telah terima surat daripada mahkamah yang membenarkan kami untuk sita dan masuk ke dalam rumah mereka untuk buat lelongan.

"Saya pergi ke rumah itu pun bersama pihak polis, peguam dan orang yang nak beli lelongan rumah itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Kecewa dengan tindakan Amir itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia bergegas ke mahkamah semula untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.



Meskipun penaja sudah melarikan diri, Aishah berkata dia tidak akan menyerah kalah sebaliknya akan terus mencari mereka sehingga isu berkenaan selesai.

"Saya terpaksa ke mahkamah semula dan saman dia kerana melanggar perintah mahkamah.

"Mereka nak lari ke mana sangat, ia hanya memburukkan namanya sendiri. Amir memang dah muflis... isteri dan anak dia pula nama mereka akan disenarai hitam, tak boleh keluar daripada negara.

"Jangan ingat dia orang lari kami tak ada cara nak cari. Saya takkan lepas mereka macam itu sahaja," ujarnya lagi.

Selain hadiah lot tanah, Aishah selaku juara GV4 turut membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Isu ini timbul apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo tersebut.

Bagaimapun kes tuntutan tersebut selesai di mahkamah pada September tahun lalu apabila penaja setuju dengan cadangan penyelesaian iaitu membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 1-11-2023 09:46 AM
Hahahaha silap lah memain ngan Kak Ecah
Quote fifie_olin 1-11-2023 09:48 AM
dia ni ke sponsor
sejak bila jadi datok
Quote prettyuglybabe 1-11-2023 09:56 AM
you go girl..
jangan bagi muka kat penaja haprak semua ni..
Quote cik_ingeniare 1-11-2023 10:00 AM
GITCHEWWWW.. go go go Tok Cah!!
Quote tagas 1-11-2023 10:07 AM
Datok scammer
Quote perrrghhhh 1-11-2023 10:07 AM
main main dengan Aishah
Quote kucingitam 1-11-2023 10:18 AM
cari dia sampai dapat kak ecah
Quote arffa 1-11-2023 10:29 AM
Sebab tu pentingnya education, lawan cara orang berilmu. Go go tok ecah saya tetap suka walaupun ramai tak suka tok ecah.
Quote penjarasgbuloh 1-11-2023 10:33 AM
astro lepas tangan?
Quote emera 1-11-2023 10:35 AM
Nak nmpk gah & kaya raya siap pakai datuk bagai, terus nmpk bodoh.. pengecut rupanya. Ramai kan mcm ni?
Quote red_velvet 1-11-2023 10:37 AM
Bab ni i sokong tok ecah... Dah tau ko sengkek tak berduit yang ko pergi gatal2 nak taja hadiah lot tnaah tu dah kenapa...takde pasal cari pasal.... benak jugak si amir ni.. ntah2 rumah dia tu pun rumah sewa je .sebab tu boleh cabut lari anytime..
Quote JahLupa 1-11-2023 10:47 AM
Uihh dasat dia ni ke penaja.. sape bg dia datukship
Quote Purplehaz 1-11-2023 10:52 AM
Naya jd anak bini dia, kerana perangai laki
Quote Purplehaz 1-11-2023 10:52 AM
Tuntut jgn x tuntut Janji manismu..
Quote tipah89 1-11-2023 10:53 AM
part ni tok cah punya ketegasan aku sokong.
Quote kotakominami 1-11-2023 11:41 AM
Kenapa tak bagi je rumah diirang tu kt tok ecah..kan dah kosong....ke rumah sewa jer?
Quote ketupatnasi 1-11-2023 11:44 AM
bagus Tok Chah. jangan memain sesuka hati nak menabur janji menaja itu ini umpama tade implikasi undang2.
Quote edoraixora 1-11-2023 12:07 PM
tak sekarang ni, astro punya SOP nak jadi penaja ni camna
macam cincai sangat je nih
peserta dah bertanding dan menang, tapi hadiah tak dapat
Quote MeowPARSI 1-11-2023 12:28 PM
Lenkali klu xde duit toksah dok gadoh nk taja bagai... Buat malu je,, biaq pi yg masuk branding dpt hadiah angin bayu membawa..... Hahaaa,,

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040545 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top