CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Yang Terkejut Bila Tahu Adira Suhaimi Penyanyi, Ingatkan Pak Lawak!

31-10-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1596| Komen: 5

Adira Suhaimi tak pernah melupakan dunia nyanyian walaupun ketika ini lebih menyerlah di TikTok.

Katanya dia sering menerima komen daripada warganet yang mengingatkan dia adalah seorang penyanyi dan bukan pelawak selepas video-video yang dimuat naik tular.


Foto: IG

“Ramai juga yang komen sebenarnya selepas saya lebih menonjol di TikTok. Mereka cakap kandungan yang dimuat naik kelakar. Saya pun tak sangka sebenarnya.

“Tetapi ramai juga komen, jangan lupa saya ini seorang penyanyi. Kelakar juga cuma jangan risau, saya ini penyanyi. Mungkin sebelum ini peluang dan ruang itu tidak ada.


“Dalam pada masa sama seronok juga dapat pengikut baharu di media sosial. Bila masuk Famili Duo, ada juga peminat muda yang baru tahu saya ini penyanyi,” katanya kepada Utusan.

Sementara itu, Adira yang bertanding bersama kakaknya, Emma dalam Famili Duo musim ketiga tidak mahu terlalu selesa biarpun berjaya merangkul kedudukan pertama minggu lalu yang bertemakan rock.


Jelasnya mereka juga tidak mahu tertekan dan terlalu mencuba dalam memastikan dapat memberi persembahan berkualiti.

“Banyak lagi yang kami perlu belajar. Kemenangan ini bukan tanda kami sudah terlalu bagus. Ini adalah pertandingan dan setiap minggu, setiap peserta bakal memberikan sesuatu berbeza.


“Cabaran kami adalah untuk memastikan kami tunjukkan penambahbaikan dalam setiap persembahan. Kami terbuka dengan kritikan juri tetap atau peminat.”ujarnya.-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 31-10-2023 05:28 PM
Mula2 rasa lawak. Lama2 rasa annoying. Buat muka yg sama, lawak yg sama. Cringeyyy…
Quote I.K.A888990 31-10-2023 05:31 PM
suara dia dah tak sesedap dulu
Quote fadz84 31-10-2023 11:06 PM
I.K.A888990 replied at 31-10-2023 05:31 PM
suara dia dah tak sesedap dulu

Betul.. aritu terdengar dia nyanyi live kat konsert suriafm.. mmg x sedap.. pastu mcm x cukup stamina..
Quote I.K.A888990 31-10-2023 11:09 PM
fadz84 replied at 31-10-2023 11:06 PM
Betul.. aritu terdengar dia nyanyi live kat konsert suriafm.. mmg x sedap.. pastu mcm x cukup stam ...

kan sedih dgr
sbb suara dia mmg sedap
syg sgt jadi mcm tu
Quote arffa 1-11-2023 10:47 AM
fadz84 replied at 31-10-2023 11:06 PM
Betul.. aritu terdengar dia nyanyi live kat konsert suriafm.. mmg x sedap.. pastu mcm x cukup stam ...

Penat you all anak berderet tu sure nak gi gym pun tak sempat.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.140401 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top