CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Mahkamah Ganggu Urusan Rasmi Hidup, Sharnaaz Ahmad Tak Peduli Dicop Baran

31-10-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1140| Komen: 0

Sharnaaz Ahmad mengakui representasi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan mengganggu urusan rasminya.

Namun dia tetap akur terhadap undang-undang selain berharap keputusan representasi yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara hanya dapat diperoleh pada 17 November ini.


Foto: IG

“Dia (kes) tak ganggu tugasan harian dan kerjaya saya, tetapi mengganggu perjalanan dari segi perniagaan, perbankan dan endorsemen dengan syarikat lain.

“Memang sedikit sebanyak mengekang kelancaran urusan rasmi saya yang tetap bersangkut paut dengan hal kerja. Agak ralat tapi nak buat macam mana, saya kena ikut undang-undang.

“Dah setahun lebih (tunggu). Ada sebab saya perjuangkan yang saya tak bersalah. Tapi tak mengapa saya okey saja,” katanya  kepada Kosmo ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini.



Sharnaaz, 38, diiringi peguamnya, Mohamed Baharuden Mohamed Ariff dan Wan Azmir Wan Majid bagi mengetahui status representasi pengguguran pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lalu.

Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menetapkan 17 November ini bagi mengetahui status permohonan berkenaan.

Menurut Sharnaaz lagi, dia juga perlu mengikuti proses yang sudah digariskan biarpun kesnya boleh dikategorikan ringan.



“Ada beberapa prosedur lain yang kita kena patuh, ada kes lain, ada birokrasi. Macam tadi kalau dapat keputusan representasi saya bayar kompaun dan balik.

“Kalau boleh saya pun tak nak benda ini berlaku, tapi mungkin pada masa depan saya kena lebih faham keadaan,” ujarnya.

Pelakon Juvana: Perhitungan Terakhir itu enggan mempedulikan skeptikal masyarakat jika ada yang masih menganggap dirinya sebagai lelaki baran.


Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu sudah sedari dulu sedia maklum persepsi hitam pihak tertentu terhadap dirinya.

“Sejak dari dahulu lagi saya dah biasa dicop macam tu. Biarlah, saya tak peduli,” katanya ringkas.

Januari lalu pemilik nama sebenar sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada 16 Jun 2022.


Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Insiden berkenaan berlaku selepas seorang lelaki yang mahu menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium oleh pengawal keselamatan bangunan tersebut sehingga berlaku pertengkaran antara mereka.

Sharnaaz yang menyaksikan kejadian tersebut dikatakan masuk campur sebelum mangsa mendakwa ditumbuk sehingga lebam pada bahagian muka. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.140286 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top