Oleh Izzah Abbasy Perkahwinan yang diberkati adalah melalui kesederhanaan dalam serba lengkap dan sempurna serta bahagia. Namun, ramai yang inginkan mempunyai impian membina rumah tangga yang serba mewah iaitu ada rumah, kereta dan peralatan moden yang memudahkan kehidupan mereka. Sebelum berkahwin, ramai pasangan yang telah membelanjakan wang yang agak banyak untuk beberapa majlis, seperti merisik, pertunangan dan majlis bersanding. Sudah pasti denagn setiap perbelanjaan tersebut ada yang sanggup berhutang. Jadi, bagaimana untuk bersederhana selepas berkahwin? Jom, ikuti sahaja langkah ini. 1) Jika belum mampu membeli rumah sendiri, sewa rumah yang mampu dibayar. Biarlah tidak besar, janji selesa untuk anda berdua. 2) Membeli keperluan asas dalam rumah tangga, seperti set dapur, pinggan mangkuk, sudu garpu senduk, seterika dan sebagainya serta set bilik tidur dan keperluan harian yang bersesuaian dengan harga yang mampu dibayar. 3) Gunalah kenderaan seperti motor atau pengangkutan awam jika dekat dengan tempat kerja. Ataupun, anda berkongsi sahaja satu kereta. Dah boleh jimat kan? 4) Masak di rumah dan tidak membazir dengan membeli makanan yang mahal dan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan. 5) Elakkan membeli peralatan rumah yang tidak kerap digunakan. Berbelanja hanya bila perlu sahaja. 6) Sentiasa mengamalkan konsep bersyukur dan tidak tamak serta iri hati melihat apa yang orang lain ada. Memadai dengan barangan biasa yang boleh dipakai dan tahan lama. 7) Jangan selalu bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Ikut kemampuan diri dan sentiasa berhemah dalam apa juga yang dibelanjakan. Jika ada wang lebih menabung sedikit demi sedikit. Dari awal perkahwinan jika sudah mengamalkan gaya hidup sederhana ia akan menjamin kebahagiaan hidup di masa depan. Walaupun mungkin ada yang mampu hidup mewah selepas berkahwin, buang rasa sombong dan ego serta sentiasa mendidik anak-anak dalam suasana kehidupan yang sederhana bagi mendidik jiwa mereka menjadi mulia. - CARI Infonet
|
23
Bagus |
18
Marah |
22
Terkejut |
16
Sedih |
11
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT