CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Tiada Niat Buka Kisah Lama Untuk Lariskan Buku.

30-10-2023 10:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1852| Komen: 2

Penyanyi, Siti Nordiana menafikan sengaja menceritakan semula kisah cinta dengan arwah Achik Spin untuk melariskan buku autobiografinya, Life Goes On.


Kata Nana, dia hanya berlaku jujur tatkala ditanya perkara itu sewaktu hadir ke sesi wawancara bersama radio Sinar baru-baru ini.



“Saya dah lama kongsi cerita itu, bahkan dalam buku saya juga saya ceritakan. Ia bukan cerita baru.


“Saya hanya berlaku jujur bila disoal Dina Nadzir dan Falyq Hikyle tentang perkara tersebut.


“Tiada niat nak buat gimik untuk jual buku,” katanya pada sidang media GV10 semalam.


Autobiografi itu, yang diterbitkan pada 8 September 2018 memperincikan kisah jatuh bangun Siti Nordiana dalam dunia hiburan dan cerita peribadi termasuk pengalaman bergelar ibu tunggal.


Bagaimanapun tindakan Nana berkongsi semula kisah cinta dengan arwah Achik mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 31-10-2023 10:05 AM
curlast2 ada buku.. so sapa yg sudi beli?
Quote prince_marhaen 31-10-2023 11:47 AM
giccheww... Kisah 1001 Malam Nana Sendayan, dari Funfair Gemencheh ke Gegarvavavnzaa... aderrr...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.028093 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top