CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saiful Apek Nak Buat Filem 12 Mei, Bakal Telan Belanja RM15 Juta

30-10-2023 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3396| Komen: 8

Saiful Apek, 54, berhasrat menghasilkan sebuah filem biografi berjudul 12 Mei yang bakal menelan belanja sebanyak RM15 juta.

Namun ddisebabkan kos yang tinggi, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan dan belum dapat direalisasikan sehingga kini.



Foto: Utusan

“Secara peribadi, filem 12 Mei sangat istimewa buat saya kerana ia merupakan naskhah biografi yang akan menceritakan kisah hidup saya di dalamnya.Judul itu merupakan tarikh lahir saya sendiri.

“Bagi yang belum tahu, sejak dilahirkan, saya tak tahu pun siapa ibu dan ayah kandung kerana ditinggalkan di kawasan semak selama tiga hari sebelum peristiwa hitam 13 Mei terjadi. Hanya selepas 21 tahun, baru saya dapat jumpa keluarga kandung.

“Ketika itulah emak ceritakan yang saya dilahirkan pada tanggal 12 Mei. Sebelum itu, saya cuma diberitahu tarikh lahir saya ialah pada Ogos. Saya tak salahkan keluarga angkat kerana mereka memang tak tahu dan saya juga semasa bayi, ditinggalkan tanpa sebarang dokumen,”katanya kepada Utusan Online.


Menurut Saiful Apek lagi, hasrat untuk menghasilkan filem itu pernah dikongsikan bersama sahabatnya, Allahyarham Bob Kuman.

Katanya, untuk menghasilkan filem dengan latar belakang era 1969 dan 1970-an, ia bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan bajet yang besar.

“Dari segi pengarahan, saya berfikir, apakah saya sendiri yang akan mengarahkannya kerana yang pasti, dalam filem 12 Mei, saya tidak akan melakonkan watak sendiri.

“Saya juga perlu mencari pelakon yang mempunyai iras atau wajah macam saya yang akan dipaparkan mengikut zaman kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa.

“Oleh itu, perlu ada sesi uji bakat untuk mencari barisan pelakon yang sesuai untuk mendukung watak dalam filem 12 Mei,”katanya.

Saiful juga berkata, filem 12 Mei juga bakal memaparkan individu-individu penting dalam hidupnya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 30-10-2023 08:55 PM
Kalau lahir 12 mei maksudnya sehari sblm
13 mei kenapa sebut 3 hari sblm peristiwa 13 mei?
Quote intan244 30-10-2023 10:22 PM
sedih nya kisah hidup dia. x sangka.
Quote fadz84 30-10-2023 10:33 PM
Saiful Apek dulu pernah muncul dgn telefilm Al-Kisah utk tayangan masa raya kan.. best cite tu..
Quote prince_marhaen 31-10-2023 09:40 AM
kalau masa tengah hot filem sana sini dulu maybe boleh letop kot... skrg macam ~~~mehhhh~~
Quote ketupatnasi 31-10-2023 09:46 AM
ni nak buat pilem mesti apply dana... semoga mampu menarik peminat ke pawagam. kalau keluar serentak dengan pilem sol, mungkin berpotensi untuk boom, kuasa boikot ummah
Quote Bholatchomel 31-10-2023 10:28 AM
confuse 12 Mei ke 13 mei beza 3 hari.... apa dah... tp dia punya kisah hidup memang kesian. masa mak angkat dia meninggal kena halau gitu je dengan laki muda mak angkat dia harta semua laki tu sebat. mak angakat dia ni org berada org bandung kalo tak silap. kesian dia masa tu baru habis sekolah. nasib baik sedara belah mak angkat dia tolong.
Quote mamajawie 31-10-2023 11:00 AM
Suchi replied at 30-10-2023 08:55 PM
Kalau lahir 12 mei maksudnya sehari sblm
13 mei kenapa sebut 3 hari sblm peristiwa 13 mei?

i rasa maksud dia tu 3 hari kat semak which is esoknya nk 13 mei..so 12, 13 & 14 mei gitu..

Quote mamajawie 31-10-2023 11:01 AM
nak cari pelakon senang je soh bighah spflis tu berlakon jadi sepol dewasa..kn sejibikkk

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.038943 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top